Cara Semak Saman JPJ, Polis dan AES
Bagaimana nak semak saman JPJ, AES dan polis? Saman trafik dikenakan bila anda membuat kesalahan jalan raya seperti memandu kereta melebihi had laju, melanggar lampu merah dan sebagainya. Saman trafik boleh dikeluarkan oleh PDRM (Polis DiRaja Malaysia), Jabatan Pengangkutan Jalan dan AES (Automated Enforcement System).
Kini anda boleh membuat semakan saman trafik dengan mudah dan pantas secara online dan juga melalui SMS. Semakan saman online boleh dilakukan menerusi laman-laman web seperti MyEG, SSO PDRM, MyBayar Saman dan JPJ. Kesemua perkhidmatan ini disediakan secara percuma. Anda juga boleh bayar saman secara online menggunakan kaedah perbankan internet di portal-portal ini (MyEG dan MyBayar Saman).
Cek saman boleh dibuat berdasarkan nombor plat kenderaan dan juga nombor kad pengenalan.
SEMAKAN SAMAN TRAFIK SECARA ONLINE
Berikut adalah 4 portal yang menyediakan perkhidmatan semakan saman trafik secara online:
1. MyEG Services
Anda boleh semak saman yang dikeluarkan oleh PDRM, JPJ dan AES di laman web MyEG. Ikuti langkah-langkah di bawah:
- Layari www.myeg.com.my.
- Sila mendaftar dulu sekiranya anda menggunakan servis ini buat kali pertama.
- Log masuk menggunakan nama dan kata laluan.
- Klik pada logo Jabatan Pengangkutan Jalan untuk menyemak saman JPJ atau AES. Untuk semak saman PDRM, klik pada logo Polis Diraja Malaysia.
- Kemudian klik butang "SEMAK & BAYAR SAMAN" untuk menyemak saman dan seterusnya membayar saman kenderaan anda.
MYEG juga ada menyediakan servis menghantar peringatan ke email anda sekiranya terdapat saman baharu, secara percuma.
2. MyBayar Saman
MyBayar Saman membolehkan orang ramai menyemak dan membayar saman PDRM melalui internet dan juga aplikasi telefon mudah alih.
Sila layari MyBayar Saman - Cara Semak Dan Bayar untuk maklumat lanjut.
3. SSO PDRM
Portal Sistem Semakan Online (SSO) disediakan oleh Polis Diraja Malaysia untuk memudahkan semakan status perkhidmatan polis seperti semakan status laporan polis dan status saman trafik.
Berikut adalah langkah-langkah untuk menyemak saman trafik PDRM:
- Layari laman Sistem Semakan Online https://sso.rmp.gov.my/.
- Bagi pengguna baru, klik butang “Pendaftaran Baru” untuk mendaftar sebagai pengguna.
- Kemudian log masuk ke dalam sistem dengan mengunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
- Klik pada ikon "Status Saman" untuk membuat semakan saman ke atas nombor kad pengenalan atau nombor plat kenderaan anda.
4. JPJ
Portal semakan JPJ membenar anda menyemak terus saman tanpa perlu mendaftar terlebih dahulu. Namun ia hanya boleh digunakan untuk saman yang dikeluarkan oleh JPJ dan AES sahaja.
- Layari laman Semakan Saman JPJ di www.jpj.gov.my/web/main-site/semak-saman.
- Klik menu dropdown "Pilihan Carian" untuk memilih kaedah carian samada menggunakan NO. ID SAHAJA atau NO. ID DAN NO. KENDERAAN.
- Kemudian pada “Kategori ID”, sila pilih jenis pengenalan diri, contohnya “ORANG AWAM MALAYSIA (MyKAD)”.
- Masukkan Nombor ID sahaja ATAU Nombor ID dan Nombor Pendaftaran Kenderaan anda.
- Masukkan kod sekuriti (captcha) dan akhir sekali klik butang "Semak".
Keputusan semakan akan dipaparkan di sebelah bawah, di bawah tajuk "HASIL CARIAN".
SEMAKAN SAMAN TRAFIK MELALUI SMS
Semakan boleh dibuat menggunakan khidmat mySMS. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan mesej.
Berikut adalah cara menyemak saman trafik melalui SMS:
1. Semak saman PDRM melalui SMS
-
Taipkan:
POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No plat kenderaan]
pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888 atau 32728.
Contoh:
POLIS SAMAN 880523015432 atau
POLIS SAMAN WEP2018 -
Jikalau anda inginkan jawapan terperinci, taipkan mesej seperti berikut:
POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]<jarak>[email]
dan hantarkan ke 32728. Perincian saman anda akan dihantar ke alamat email yang anda berikan.
Contoh:
POLIS SAMAN 880523015432 johndoe@yahoo.com
2. Semak saman JPJ melalui SMS
-
Taipkan
JPJ<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]
pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888.
Contoh:
JPJ SAMAN 880523015432 atau
JPJ SAMAN WEP2018
Semoga perkongsian di atas dapat membantu para pembaca menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak, serta mengelak dari dimasukkan ke dalam senarai hitam JPJ atau PDRM.
Baca juga: