Cara Memohon Pinjaman PTPTN Online

Panduan permohonan pinjaman PTPTN untuk peminjam baharu. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwujudkan oleh kerajaan untuk menyediakan kemudahan pinjaman pendidikan kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan seperti Universiti Awam, IPTA, IPTS dan Politeknik.

Pinjaman PTPTN membolehkan pelajar yang kurang berkemampuan membiayai yuran pengajian serta kos sara hidup mereka di sepanjang tempoh pengajian.

Berikut kami kongsikan panduan permohonan online pinjaman PTPTN. Panduan ini adalah untuk peminjam baharu (pinjaman kali pertama). Permohonan ini dilakukan secara online sepenuhnya, tanpa perlu ke Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk membeli nombor pin.

Sebelum membuat permohonan, pastikan anda telah:

  • Menerima tawaran kemasukan IPTA, IPTS atau Politeknik.
  • Mempunyai akaun SSPN-i. Pelajar yang masih belum mempunyai akaun SSPN-i boleh membuka akaun di Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam, Agrobank atau dan RHB Bank bagi mendapatkan nombor akaun SSPN-i serta merta.
  • Mempunyai akaun bank mengikut panel bank IPT anda.
  • Membuat semakan jadual permohonan dan bayaran pinjaman. Sila klik di sini untuk menyemak.

permohonan pinjaman PTPTN


Cara Memohon Pinjaman PTPTN Kali Pertama

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan pinjaman PTPTN bagi peminjam baharu.

  1. Layari laman web Permohonan Pinjaman Online PTPTN di pautan:

    https://www.ptptn.gov.my/elmas-pin-purchase-web/#/

  2. Tekan butang “PENDAFTARAN PERMOHONAN PINJAMAN” untuk mendaftar.
  3. Lengkapkan maklumat Pendaftaran yang diperlukan. Setelah selesai mengisi maklumat pendaftaran, tick pada kotak terma dan syarat, kemudian tekan butang “DAFTAR” untuk proses seterusnya.
  4. Tekan butang “Bayar” untuk proses pembayaran. Pilih salah satu bank perbankan internet anda. Masukkan juga alamat emel anda.
  5. Tick pada kotak terma dan syarat, kemudian tekan butang “Bayar dengan FPX”.
  6. Sekiranya transaksi berjaya, resit urusniaga pembayaran akan dipaparkan. Pastikan proses pembayaran pendaftaran diselesaikan sehingga cetakan resit PTPTN supaya pendaftaran permohonan berjalan lancar. Pastikan anda simpan resit bayaran untuk rujukan.
  7. Pelajar akan dibawa terus ke laman web permohonan online dan lengkapkan borang permohonan.
  8. Cetak dokumen perjanjian tawaran setelah permohonan pinjaman diluluskan.
  9. Serah dokumen perjanjian tawaran di cawangan PTPTN berdekatan atau kepada pengawai PTPTN yang hadir di IPT berkenaan, dalam masa 14 hari selepas pinjaman diluluskan.
  10. Pembayaran duit pinjaman akan dikreditkan ke dalam akaun bank peminjam dalam tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.

Semoga maklumat permohonan pinjaman PTPTN secara online ini bermanfaat buat para pembaca khususnya bakal pelajar yang akan memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran di IPT.

Untuk maklumat terperinci mengenai lagkah-langkah permohonan pinjaman PTPTN, sila rujuk Manual Pendaftaran Permohonan Pinjaman PTPTN di sini.

Baca juga: