Cuti Umum Kelantan 2019
Takwim cuti umum negeri Kelantan tahun 2019 untuk pengetahuan umum. Berikut adalah kalendar cuti umum atau hari kelepasan am Negeri Kelantan bagi tahun 2019 sepertimana diwartakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim.
Semoga kalendar cuti umum Kelantan ini dapat membantu warga Kelantan dalam membuat perancangan awal aktiviti kerja dan percutian untuk tahun ini. Kalender ini akan dikemaskini sebaik sahaja terdapat sebarang perubahan.
[Baharu] Kalendar Cuti Umum Negeri Kelantan 2020
Hari Cuti / Kelepasan Am Kelantan 2019
Jadual berikut menyatakan tarikh, hari dan nama hari-hari kelepasan am negeri dan kelepasan am persekutuan bagi Negeri Kelantan untuk tahun 2019.
(Dikemaskini pada 30 Oktober 2018)
Bil. | Tarikh (2019) | Hari | Hari Kelepasan Am |
---|---|---|---|
1 | 5 Februari | Selasa | Tahun Baru Cina / CNY |
2 | 6 Februari | Rabu | Tahun Baru Cina / CNY (hari kedua) |
3 | 1 Mei | Rabu | Hari Pekerja / Buruh (Labour Day) |
4 | 19 Mei | Ahad | Hari Wesak |
5 | 22 Mei | Rabu | Hari Nuzul Al-Quran |
6 | 5 Jun | Rabu | Hari Raya Puasa / Aidilfitri * |
7 | 6 Jun | Khamis | Hari Raya Puasa / Aidilfitri (hari kedua) * |
8 | 11 Ogos | Ahad | Hari Raya Qurban / Aidiladha * |
9 | 12 Ogos | Isnin | Hari Raya Qurban / Aidiladha * (hari kedua) |
10 | 31 Ogos | Sabtu | Hari Kebangsaan / Kemerdekaan |
11 | 1 September | Ahad | Awal Muharram (Maal Hijrah) |
12 | 9 September | Isnin | Hari Keputeraan YDP Agong |
13 | 16 September | Isnin | Hari Malaysia |
14 | 27 Oktober | Ahad | Hari Deepavali * |
15 | 9 November | Sabtu | Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) |
16 | 11 November | Isnin | Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V |
17 | 12 November | Selasa | Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V (hari kedua) |
18 | 25 Disember | Rabu | Hari Krismas |
* Tertakluk kepada perubahan
Nota:
Bagi Hari-Hari Kelepasan Am yang disenaraikan, sekiranya Hari Kelepasan Am jatuh
pada Hari Kelepasan Mingguan Jumaat dan Sabtu secara berturut-turut, maka hari-hari itu
diganti dengan hari esoknya (satu hari sahaja) dan jika kemudiannya pula sedia menjadi hari
kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan Am.
Apabila Hari Kelepasan Am jatuh pada hari pertama Kelepasan Mingguan (Hari Jumaat),
tidak ada cuti gantian bagi Hari Kelepasan Am tersebut kecuali hari kedua (Hari Sabtu) maka
hari berikutnya adalah hari cuti gantian.
Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan di sini
Sila layari juga Kalendar Islam 2019 Masihi / 1440-1441 Hijrah.