Bantuan Sara Hidup Rakyat BSH 2020
Bantuan Sara Hidup BSH yang telah menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), merupakan bantuan kerajaan persekutuan dalam bentuk wang tunai kepada kumpulan isi rumah berpendapatan rendah B40.
Dua kategori baharu diperkenalkan untuk BSH 2020 iaitu Individu Bujang dan Orang Kurang Upaya (OKU). Kedua dua kategori baru ini juga akan secara automatik mendapat perlindungan dan menjadi penerima Skim Takaful MySalam.
Pemohon tidak perlu membuat permohonan baharu atau kemas kini sekiranya pemohon adalah penerima BSH 2019 dan tiada sebarang perubahan maklumat. Orang Kurang Upaya (OKU) yang menerima e-Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga tidak perlu memohon kerana mereka didaftar sebagai penerima BSH 2020 secara automatik.
Permohonan baharu atau kemas kini adalah perlu bagi pemohon yang belum membuat pendaftaran permohonan BSH (kategori baharu), permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020, dan permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai e-Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020.
Permohonan baharu dan kemas kini BSH boleh dibuat mulai 1 Februari 2020 sehingga 15 Mac 2020.
Amaun Bayaran BSH 2020
Jadual di bawah menunjukkan amaun pembayaran BSH 2020 mengikut kategori pendapatan bulanan isi rumah.
BSH hanya layak kepada warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
Untuk maklumat terkini amaun dan tempoh pengagihan Bantuan Sara Hidup 2020 yang telah berubah selepas pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi, sila layari Tarikh & Cara Pembayaran BSH 2020.
Kategori | Amaun Bantuan |
---|---|
Pendapatan bulanan isi rumah RM2,000 dan ke bawah | RM1000 |
+ RM120 bagi setiap anak bawah 18 tahun (terhad kepada 4 orang*) | |
Pendapatan bulanan isi rumah RM2,001 hingga RM3,000 | RM750 |
+ RM120 bagi setiap anak bawah 18 tahun (terhad kepada 4 orang*) | |
Pendapatan bulanan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 | RM500 |
+ RM120 bagi setiap anak bawah 18 tahun (terhad kepada 4 orang*) | |
Individu bujang berusia 40 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah | RM300 |
Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 18 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah | RM300 |
* Kecuali anak OKU (Orang Kurang Upaya) yang tidak dihadkan umur mereka
Cara Pembayaran BSH 2020
Sila rujuk Tarikh & Cara Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2020 untuk maklumat tentang tarikh agihan duit BSH untuk setiap fasa serta cara agihan.
Semoga info mengenai Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 ini berguna untuk para pembaca.
Berkaitan: