Permohonan/Kemaskini Bantuan Sara Hidup BSH 2020

Permohonan dan kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020. Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah memaklumkan bahawa tarikh pendaftaran permohonan atau kemas kini BSH 2020 adalah dari 1 Februari sehingga 15 Mac 2020.

Berikut adalah info terkini mengenai cara memohon, dokumen yang diperlukan, cara membuat semakan dan tarikh pembayaran BSH 2020.

Untuk maklumat bantuan one-off kerajaan kepada golongan B40 & M40 dalam menghadapi COVID-19, sila layari Permohonan Dan Semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Maklumat Terkini BSH

Pembayaran fasa pertama BSH 2020 akan dibuat mulai 20 Januari 2020 bagi pemohon yang lulus semasa BSH 2019.

  • Kategori pemohon lulus BSH 2019 yang layak menerima bayaran fasa pertama BSH 2020 adalah seperti berikut:
    • Berkahwin (pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
    • Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
    • Warga emas sebatang kara
  • Kategori Pemohon lulus BSH 2019 yang tidak layak menerima bayaran fasa pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:
    • Berkahwin (pasangan bukan Warganegara Malaysia); atau
    • Bujang / Ibu bapa tunggal yang tiada tanggungan; atau
    • Bujang yang mempunyai tanggungan

Pemohon yang tidak layak menerima pembayaran fasa pertama BSH 2020 perlu membuat permohonan baharu BSH 2020 sekiranya memenuhi syarat kelayakan. Manakala pemohon yang layak menerima fasa pertama BSH 2020, hanya perlu membuat kemas kini dengan maklumat yang betul dan terkini.

permohonan dan kemaskini bantuan sara hidup rakyat BSH 2020

Cara Memohon Dan Kemaskini BSH

Permohonan baharu dan kemaskini BSH 2020 boleh dibuat semasa tempoh pendaftaran iaitu dari 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.

  • Memohon dan kemaskini BSH secara online

    Proses permohonan baharu BSH dan pengemaskinian maklumat BSH boleh dibuat dengan mengisi borang BSH secara atas talian melalui portal rasmi Bantuan Sara Hidup Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di pautan:

    https://bsh.hasil.gov.my/

    Untuk permohonan baharu BSH, sila tekan menu "PERMOHONAN BARU". Manakala untuk kemaskini, sila tekan menu "MyBSH".

    Permohonan dan kemaskini secara online hanya boleh dibuat menggunakan komputer kerana aplikasi BSH tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.

  • Memohon dan kemaskini BSH secara manual/offline

    Permohonan baharu dan pengemaskinian BSH juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Bantuan Sara Hidup (BSH) yang boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan LHDNM atau boleh dimuat turun di sini.

    Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke mana-mana cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil LHDNM dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

Dokumen Sokongan BSH 2020

Berikut adalah dokumen-dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bagi permohonan baru BSH.

⦿ PEMOHON

  1. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/ JPN
  2. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN
  3. Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri /JPN
  4. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh mahkamah

⦿ PASANGAN

  1. Salinan Pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS)
  2. Salinan Pasport/ Visa / UNHCR / Pas Sempadan / Sijil Lahir / KP Lama

⦿ ANAK

  • Anak Kandung - Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Lahir
  • Anak Angkat - Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Tarikh Pembayaran BSH 2020

Bantuan Sara Hidup BSH lazimnya akan dibayar secara berperingkat dalam tiga fasa. Pembayaran fasa pertama akan dibuat mulai 20 Januari 2020. Sila rujuk Tarikh Dan Cara Pembayaran BSH 2020 untuk maklumat lanjut.


Semakan keputusan BSH

Sila layari Semakan Status Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat untuk panduan membuat semakan status permohonan BSH.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan dan kemaskini BSH, sila hubungi:

  • Nombor hotline BSH Kementerian Kewangan Malaysia (MOF): 03-8882 4565 atau 03-8882 4566
  • Nombor hotline bebas tol BSH Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN): 1-800-88-2747
  • Emel MOF: bsh@treasury.gov.my
  • Sekretariat BSH
    Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia
    (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Semoga maklumat permohonan dan kemaskini BSH 2020 secara online ini berguna buat semua pembaca.