Tarikh Dan Cara Pembayaran Rayuan BSH 2020

Tarikh pembayaran, jumlah serta kaedah agihan BSH 2020. Bantuan Sara Hidup (BSH) merupakan bantuan kerajaan persekutuan dalam bentuk wang tunai yang menyasarkan kumpulan isi rumah berpendapatan rendah B40. Ia menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebelum ini.

Berikut dikongsikan beberapa maklumat penting mengenai cara pembayaran, amaun dan jangkaan tarikh bila dapat duit BSH 2020.

[Baharu] Tarikh Dan Cara Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021

Tarikh Pembayaran BSH 2020

[Terkini] Pembayaran bagi pemohon yang lulus rayuan BSH 2020 akan disalurkan mulai 23 November 2020. Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima.

Pembayaran BSH 2020 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan diagihkan secara berperingkat tiga kali setahun iaitu pada bulan Januari (fasa 1), Mei Mac (fasa 2) dan Ogos Julai 2020 (fasa 3).

Pembayaran kepada penerima kategori individu bujang dan OKU akan dibayar secara one-off pada fasa kedua.

Jadual di bawah memperincikan fasa pembayaran BSH 2020, menunjukkan tarikh dan amaun pembayaran BSH mengikut kategori penerima.

Jadual Pembayaran Dan Amaun Bantuan BSH 2020

Pembayaran Fasa 1 adalah berdasarkan Pangkalan Data BSH 2019. Manakala pembayaran baki BSH 2020 pada fasa kedua dan ketiga adalah berdasarkan data BSH 2020, yang boleh dimohon atau dikemaskini mulai 1 Februari 2020.

Jadual pembayaran Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 di bawah adalah berdasarkan maklumat terkini oleh kerajaan Kementerian Kewangan Malaysia.

Kategori Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Jumlah
Tarikh bayaran bermula

20 Jan 2020

16 Mac 2020 24 Julai 2020 ---
Pendapatan bulanan isi rumah RM2,000 dan ke bawah RM300 RM200 RM600
+ RM120/anak
RM1100
+ RM120/anak
Pendapatan bulanan isi rumah RM2,001 hingga RM3,000 RM300 RM200 RM350
+ RM120/anak
RM850
+ RM120/anak
Pendapatan bulanan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 RM300 RM200 RM100
+ RM120/anak
RM600
+ RM120/anak
Individu bujang berusia 40 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah --- --- RM300 + RM100 RM400
Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 18 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah --- ---

* Pembayaran Fasa 2 ditambahbaik berikutan Pakej Rangsangan Ekonomi bagi menghadapi impak COVID-19. RM200 diawalkan pembayaran ke bulan Mac dan tambahan bayaran tunai sebanyak RM100 dan e-tunai RM50 secara one-off bersama dengan bayaran Fasa 3 BSH 2020.

Nota: Di samping bantuan asas BSH, tambahan RM120 akan dibayar untuk setiap anak di bawah umur 18 tahun, terhad kepada empat anak kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka. Bayaran kadar tambahan ini akan dibuat secara sekaligus pada pembayaran Fasa 3.

jadual bayaran bantuan sara hidup BSH 2020

Cara Pembayaran BSH 2020

Bagi penerima yang ada mengisi maklumat akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima, manakala penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar tunai BSH, yang boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Untuk menyemak samada permohonan BSH anda berjaya atau tidak (serta mengemukakan rayuan sekiranya anda gagal), sila layari Semakan Status Dan Rayuan Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Anda boleh ajukan sebarang soalan mengenai tarikh dan cara pembayaran BSH dengan menghubungi:

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2747
  • Emel: bsh@treasury.gov.my

Semoga info ini berguna untuk semua bakal penerima Bantuan Sara Hidup(BSH).