Harga Dan Spesifikasi SUV Perodua Aruz
Harga dan spesifikasi SUV Perodua ARUZ 2019. Perodua Aruz adalah model SUV pertama Perodua. Aruz merupakan Kenderaan Jimat Tenaga (EEV) dengan pacuan roda belakang (rear wheel drive).
SUV tujuh tempat duduk ini didatangkan dengan dua varian iaitu Aruz 1.5 X dan Aruz 1.5 Advance. Kedua-duanya dikuasakan oleh enjin Dual VVT-i empat silinder berkapasiti 1.5 liter iaitu enjin yang sama dengan Myvi, dan dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan.
Perodua Aruz 2019 boleh didapati dalam 5 pilihan warna iaitu Amazon Green (metalik), Granite Grey (metalik), Electric Blue (metalik), Glittering Silver (metalik) dan Ivory White (solid).
Gambar Perodua SUV Aruz 2019
Berikut adalah gambar-gambar SUV Perodua Aruz 2019.
Senarai Harga Perodua Aruz 2019
Berikut adalah harga on-the-road (OTR) tidak termasuk insuran bagi Perodua Aruz 2019. Harga ini sah untuk pendaftaran persendirian sahaja. Sila layari Senarai Terkini Harga Kereta Perodua untuk model-model lain.
Varian | Aruz 1.5 X | Aruz 1.5 Advance |
---|---|---|
Transmisi | Auto | Auto |
Kemasan Cat | Solid/Metalik | Solid/Metalik |
Semenanjung Malaysia | RM72,900 | RM77,900 |
Malaysia Timur (Sabah & Sarawak) | RM74,900 | RM79,900 |
Langkawi | RM66,500 | RM70,900 |
Labuan | RM67,400 | RM71,800 |
Harga berkuatkuasa 15 Januari 2019
Spesifikasi Perodua Aruz 2019
Kedua-dua varian Aruz dilengkapi dengan lampu depan LED, rim aloi 17 inci, corong penyaman udara untuk tempat duduk belakang, kawalan audio pada stering, keyless entri dan butang mula/henti enjin, port mengecas di semua barisan tempat duduk, kamera undur dan enam airbag.
Aruz Advance yang merupakan varian premium pula dilengkapi dengan tempat duduk kulit, lampu depan automatik, stering dengan kemasan kulit dan kawalan terima panggilan, perakam video pemanduan (DVR) dan port mengecas dilengkapi port HDMI.
Dari aspek keselamatan, Perodua Aruz dilengkapi dengan Vehicle Stability Control, Hill Start Assist, tempat duduk Isofix and enam beg udara yang menyumbang kepada penarafan keselamatan 5 bintang dari ASEAN NCAP.
Kedua-dua varian juga dilengkapi dengan sistem Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 yang merangkumi Pre-Collision Warning, Pre-Collision Braking, Front Departure Alert, Pedal Misoperation Control dan Pedestrian Detection.
Berikut adalah brosur spesifikasi ringkas Perodua Aruz 2019. Spesifikasi penuh Perodua Aruz boleh disemak di laman web Perodua.
Semoga info mengenai harga, gambar dan spesifikasi penuh SUV Perodua Aruz 2019 ini bermanfaat buat pembaca.