Kadar Tol Jambatan Pulau Pinang 2021

Jambatan Pulau Pinang (Penang Bridge) merupakan jambatan bertol yang menghubungkan Perai di tanah besar dengan Gelugor di pulau dengan merentasi Selat Pulau Pinang. Jambatan ini dibuka pada tahun 1985 dan merupakan jalan pertama menghubungkan semenanjung dan bahagian pulau Pulau Pinang.

Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan kedua terpanjang di Malaysia dan kelima terpanjang di Asia Tenggara. (Ia adalah yang paling panjang sebelum wujudnya jambatan kedua Pulau Pinang iaitu Jambatan Sultan Abdul Hamid Mu'adzam Shah). Ia mempunyai panjang keseluruhan 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Jambatan dua hala ini mempunyai 3 lorong bagi setiap arah.

Jambatan Pulau Pinang di kendalikan dan diselenggarakan oleh PLUS Expressways Berhad.

Kadar Tol Jambatan Pulau Pinang

Tol dikenakan secara sehala, iaitu hanya ke atas kenderaan dari tanah besar yang menuju ke pulau. Tol dikutip secara elektronik sepenuhnya di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang.

Senarai harga tol yang dikenakan adalah seperti berikut:

KELAS JENIS KENDERAAN KADAR TOL (RM)
Kelas 1 Motosikal Percuma
Kelas 2 Kereta, SUV, MPV, teksi termasuk station wagon 5.74
Kelas 3 Van yang mempunyai 2 gandar dengan empat roda 9.84
Kelas 3 Pick up yang mempunyai 2 gandar dengan empat roda 12.00
Kelas 4 Bas yang mempunyai 2 gandar dengan lima atau enam roda 20.50
Kelas 4 Lori dan van yang mempunyai 2 gandar dengan lima atau enam roda 25.00
Kelas 5 Bas yang mempunyai 3 gandar 36.90
Kelas 5 Kenderaan selain bas yang mempunyai 3 gandar 45.00
Kelas 6 Kenderaan yang mempunyai 4 gandar 60.00
Kelas 7 Kenderaan yang mempunyai 5 gandar atau lebih 75.00

Kemaskini 1 Januari 2021

Kadar Tol Jambatan Pulau Pinang pertama

Semoga maklumat kadar harga tol terkini Jambatan Pulau Pinang ini bermanfaat buat para pembaca.

Sumber: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)