Waktu Operasi UTC Seluruh Negara [Terkini]
Waktu operasi UTC seluruh negara mulai 15 Jun 2020.
UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar. UTC menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan swasta kepada komuniti bandar di dalam satu pusat sehenti atau di bawah satu bumbung.
Ia membolehkan warga bandar menjimatkan masa dengan membuat pelbagai urusan dengan jabatan-jabatan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan swasta dalam satu bangunan.
Kerajaan akan membuka semula, melanjutkan dan menyeragamkan waktu operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara. Ini selaras dengan Teras Ketiga PENJANA iaitu Merangsang Ekonomi melalui Pelanjutan Waktu Perkhidmatan Dalam Norma Baharu. UTC akan beroperasi semula mulai 15 Jun 2020.
Waktu Operasi UTC Seluruh Malaysia
Berikut adalah waktu operasi terkini bagi Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara. UTC beroperasi selama 7 hari seminggu kecuali pada cuti umum Persekutuan/Negeri. Tiada waktu rehat bagi UTC kecuali pada hari Jumaat.
Kawasan | Hari Operasi | Rehat/Solat Jumaat | |
---|---|---|---|
Hari Bekerja | Hujung Minggu | ||
Semenanjung Malaysia | 8.00 pagi - 9.00 malam | 8.00 pagi - 5.00 petang | 12.15 t/hari - 2.45 petang |
Sarawak | 8.00 pagi - 5.00 petang | 8.00 pagi - 5.00 petang | 11.45 pagi - 2.15 petang |
Sabah dan WP Labuan | 8.00 pagi - 5.00 petang | 8.00 pagi - 5.00 petang | 11.30 pagi - 2.00 petang |
Dikemaskini 11 Jun 2020
Antara jabatan kerajaan persekutuan yang ditempatkan di UTC ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Tabung Haji, Jabatan Imigresen Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) / balai polis.
Contoh agensi-agensi di bawah kerajaan negeri yang menyediakan kaunter di UTC ialah Majlis/Jabatan Agama Islam negeri, pejabat tanah dan majlis perbandaran/bandaraya.
UTC turut menyediakan pusat pembangunan dan aktiviti belia, NGO dan komuniti usahawan.
Semoga info tentang waktu operasi Pusat Transformasi Bandar UTC setiap negeri ini bermanfaat buat para pembaca.