Senarai Hotel Wakaf di Seluruh Malaysia

Senarai dan lokasi hotel wakaf di seluruh Malaysia.

Wakaf membawa maksud menahan harta (daripada urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat) di samping mengekalkan fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah SWT.

Wakaf dapat memberi faedah dan manfaat bukan saja kepada diri pewakaf, malah kepada penerimanya dan masyarakat Islam juga. Pewakaf memperoleh pahala sedekah jariah selagi harta itu wujud, manakala penerimanya dan masyarakat dapat menikmati manfaat harta yang diwakafkan.

Setakat ini terdapat 4 hotel wakaf di Malaysia.


Senarai Hotel Wakaf di Seluruh Malaysia

Berikut kami senaraikan hotel-hotel wakaf di seluruh negara. Hotel-hotel ini adalah merupakan kolaborasi antara Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang berkenaan. MAIN merupakan pemegang amanah bagi pengurusan tanah wakaf yang menjadi tapak kepada hotel-hotel ini.


1. Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu (JAWHAR-MAIDAM)

Hotel Grand Puteri menawarkan bilik-bilik berhawa dingin dan kalis bunyi dengan internet berwayar percuma. Grand Puteri Hotel berjarak 5 minit berjalan kaki dari Terminal Bas Kuala Terengganu dan 25 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Lokasinya strategik, dekat dengan pusat bandar. Boleh jalan kaki ke Masjid Zainal Abidin dan Pasar Payang. Hotel Grand Puteri berada 2.1 km dari Pantai Batu Burok dan 2.7 km dari Masjid Kristal.

Bilik-bilik bebas rokok di sini dilengkapi dengan TV satelit skrin rata dan bar mini. Bilik mandi peribadi mempunyai pengering rambut, selipar, pancuran mandian dan peralatan mandian percuma.

Hotel ini mempunyai kolam renang luaran, WiFi dan tempat letak kenderaan percuma.

Alamat: PT 3981, Jalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia

Koordinat GPS: 5.3330128, 103.1377903

Baca selanjutnya ...


2. Hotel The Regency Seri Warisan, Taiping (JAWHAR-MAINPk)

Terletak di bandar Taiping, berdekatan dengan Hospital Taiping, stesen Keretapi Taiping dan Taman Tasik Taiping (Lake Gardens).

Bilik-biliknya berhawa dingin, mempunyai TV satelit, cerek elektrik, bar mini dan sejadah. Surat khabar percuma disediakan di bilik-bilik penginapan. Bilik mandi lengkap dengan peralatan mandian dan pengering rambut. Bilik yang agak luas dan selesa, sesuai untuk keluarga besar.

Hotel ini terletak dalam jarak 10 minit pemanduan dari Muzium Taiping, Zoo Taiping dan Night Safari. Ia berjarak 10 km dari Bukit Larut (Maxwell Hill) dan 11 km dari Kuala Sepetang.

WiFi percuma dan ruang parkir kenderaan awam secara percuma.

Alamat: 2453, Jalan Convent, 34000 Taiping, Perak, Malaysia

Koordinat GPS: 4.848597, 100.737697

Baca selanjutnya ...


3. Klana Beach Resort, Port Dickson (JAWHAR-MAINS)

Berada di sepanjang jalan pantai di Port Dickson, Klana Beach Resort terletak betul-betul di tepi tebing pantai, hanya 5 minit berjalan kaki jaraknya dari Pantai Teluk Kemang.

Klana Beach Resort Port Dickson berjarak 10 minit berjalan kaki dari Pantai Sri Purnama. Ia terletak dalam jarak 10 minit pemanduan dari Padang Golf Port Dickson dan satu jam pemanduan dari Kuala Lumpur.

Bilik-bilik berhawa dingin di sini dilengkapi dengan TV skrin rata dengan Astro, peti keselamatan, peti sejuk kecil, air mineral dan kemudahan untuk membuat teh/kopi. Setiap bilik mempunyai bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian dan pengering rambut. Sejadah dan tafsir Al-Quran juga disediakan di setiap bilik.

Satu keistimewaan hotel ini ialah ia terletak di hadapan kompleks Balai Cerap Baitul Hilal (House of Crescent), tempat tengok anak bulan Ramadan dan Syawal sejak bertahun lamanya. Masuk adalah percuma untuk tetamu hotel.

Hotel ini menyediakan 3 kolam renang luaran - kolam renang berasingan untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak.

WiFi dan ruang meletak kenderaan percuma juga disediakan.

Alamat: Kompleks Baitulhilal, Lot 4506, Batu 8, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Koordinat GPS: 2.4454486, 101.8550748

Baca selanjutnya ...


4. Hotel Pantai Puteri, Melaka (JAWHAR-MAIM)

Terletak di tepi pantai, hanya beberapa langkah sahaja dari Pantai Puteri. Agak jauh dari bandar Melaka, tapi bagi mereka yang mahukan suasana nyaman dan santai pantai, hotel ini adalah pilihan terbaik.

Untuk pembaca yang ingin menginap di bandar, sila layari senarai hotel bajet Melaka.

Setiap bilik berhawa dingin di Pantai Puteri dihias menarik dengan TV skrin rata dengan saluran satelit, kemudahan membuat teh/kopi dan kemudahan menyeterika.

Hotel ini dilengkapi kolam renang luaran, akses Wifi percuma dan ruang parking percuma. Tetamu juga boleh menggunakan perkhidmatan shuttle yang disediakan dengan bayaran tambahan.

Hotel Pantai Puteri berada tidak jauh dari Makam Hang Tuah. Ia terletak dalam jarak 30 minit pemanduan ke pelbagai tarikan pelancong di Melaka termasuk Jonker Street, Menara Taming Sari dan Kota A Famosa. Terminal Bas Melaka Sentral dan Masjid Selat Melaka juga berjarak 30 minit pemanduan dari hotel.

Alamat: Pantai Puteri, Mukim Tanjung Kling, 76400 Melaka Tengah, Melaka, Malaysia

Koordinat GPS: 2.2294278, 102.1487683

Baca selanjutnya ...

Marilah kita sama-sama membantu memajukan hotel-hotel wakaf dengan menjadikan ia pilihan penginapan pertama kita bila berkunjung ke negeri-negeri yang mempunyai hotel wakaf. Keuntungan hotel nanti akan meningkatkan ekonomi umat Islam, dan akan menyumbang kepada manfaat dan kebajikan umat Islam.