Skim Perlindungan mySalam
mySalam adalah skim perlindungan kesihatan nasional yang menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada individu dari golongan berpendapatan rendah B40 dan golongan berpendapatan sederhana M40. Inisiatif kerajaan bertujuan untuk membantu golongan B40 dan M40 menangani kesulitan kewangan apabila dimasukkan ke hospital kerajaan atau ditimpa penyakit kritikal.
mySalam ialah skim patuh syariah kerana ia adalah produk takaful (bukan insurans) yang diuruskan mengikut prinsip-prinsip Syariah.
Syarat Kelayakan mySalam
Mereka yang layak menerima perlindungan mySalam terbahagi kepada dua:
Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan
- Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun
- Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun
Penerima Bukan Bantuan Sara Hidup
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan sehingga RM100,000 setahun
Penerima BSH yang berumur lebih 65 tahun tidak layak mendapat perlindungan mySalam, walau bagaimanapun mereka layak mendapat bantuan dari Skim Peduli Kesihatan B40 (Peka B40).
Cara Memohon / Daftar mySalam
Berikut adalah cara mendaftar untuk menyertai mySalam:
- Bagi penerima BSH, penyertaan adalah secara automatik dan tiada permohonan atau pendaftaran diperlukan untuk menyertai mySalam.
- Manakala bagi bukan penrima BSH, anda mesti mendaftar terlebih dahulu, di pautan ini:
Perlindungan mySalam diberikan secara percuma bagi mereka yang layak.
Semakan Kelayakan mySalam
Mereka yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019.
Bagi mereka yang layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS tersebut, sila hubungi pihak mySalam pada bila-bila masa untuk mendapatkan bantuan.
Manfaat mySalam
mySalam memberikan dua manfaat kepada penerima perlindungan:
- Pembayaran tunai RM8,000 (untuk penerima BSH) dan RM4,000 (untuk bukan penerima BSH) dibayar sekali secara sekaligus apabila disahkan menghidapi mana-mana satu daripada 45 penyakit kritikal yang tersenarai di bawah.
- Pendapatan gantian / elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital kerajaan.
Perlindungan mySalam adalah untuk penerima BSH serta pasangan sahaja. Anak-anak penerima tidak termasuk di bawah perlindungan mySalam.
Senarai 45 Penyakit Yang Dilindungi
Berikut adalah senarai 45 penyakit kritikal yang dilindungi di bawah skim mySalam:
- Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
- Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
- Meningitis Bakteria - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Tumor Otak Benign - Keterukan Tertentu
- Buta - Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Pembedahan Otak
- Kanser - Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
- Kardiomiopati - Keterukan Tertentu
- Anemia Aplastik Kronik - Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
- Koma - Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
- Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
- Pekak - Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Ensefalitis - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
- AIDS Dengan Gejala Penuh
- Hepatitis Viral Fulminan
- Serangan Jantung - Keterukan Tertentu
- Pembedahan Injap Jantung
- Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
- Kegagalan Buah Pinggang - Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
- Hilang Keupayaan Bertutur
- Trauma Kepala Major (Teruk) - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
- Penyakit Neuron Motor - Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
- Sklerosis Multipel
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan Anggota
- Penyakit Parkinson - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer - Keterukan Tertentu
- Penyakit Arteri Koronari Serius
- Strok/Angin Ahmar - Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
- Pembedahan Aorta
- Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
- Kelecuran Tahap Ketiga - Keterukan Tertentu
- Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
- Penyakit Terminal (Membawa Maut)
- Penyakit Sistik Medular
- Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
- Poliomielitis
- Skleroderma Progresif
- Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
- Elefantiasis (Penyakit Untut)
- Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)
Buat masa ini, skim mySalam ditawarkan melalui syarikat Great Eastern Takaful Berhad.
Semoga maklumat mengenai Skim Perlindungan Kesihatan Nasional (mySalam) ini berguna buat para pembaca khususnya penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang berumur 18 hingga 65 tahun.
Untuk maklumat lanjut tentang mySalam, orang ramai boleh menghubungi pihak mySalam melalui emel di info@mysalam.com.my atau hubungi talian careline mySalam di 1-300-888-938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Sumber: Laman web mySalam