Cara Daftar Dan Aktifkan i-Akaun KWSP
Cara daftar i-Akaun KWSP/EPF online. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF) memudahkan akses kepada simpanan KWSP melalui i-Akaun (Ahli).
Dengan i-Akaun, ahli boleh semak baki simpanan setiap akaun (Akaun 1, Akaun 2), semak penyata atau rekod caruman, semak dividen tahunan KWSP, semak kelayakan pengeluaran dan memohon e-Pengeluaran KWSP secara online.
Semua ahli samada warganegara atau bukan warganegara tetap yang mempunyai nombor KWSP yang sah, layak mendaftar i-Akaun.
Cara Mendaftar Dan Mengaktifkan i-Akaun KWSP
- Hadir ke mana-mana cawangan atau kios KWSP yang berhampiran untuk mendaftar. Selepas selesai mendaftar anda akan menerima SMS yang mengandungi ID Pengguna dan Kata Laluan sementara untuk iAkaun anda.
- Untuk aktifkan i-Akaun, layari halaman login i-Akaun (Ahli) di pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari selepas anda menerima SMS.
(Anda juga boleh akses i-Akaun menggunakan aplikasi mobil. Muat turun aplikasi mobil i-Akaun di Google Play Store, Apple App store atau Huawei AppGallery.)
- Masukkan ID Pengguna yang diterima melalui SMS pada ruangan ID Pengguna dan klik butang "Teruskan".
- Masukkan kata laluan sementara yang diterima dan klik butang "Log Masuk".
- Baca Terma Dan Syarat yang dipaparkan dan pilih “Setuju”.
- Kemudian tukar ID Pengguna sementara kepada yang baharu (kekal), masukkan kata laluan baharu, pilih imej online untuk pengesahan dan masukkan Frasa Rahsia anda. *Jika ID Pengguna tidak diubah, ID Pengguna sementara akan digunakan sebagai ID Pengguna kekal.
- Apabila pengaktifan selesai, notifikasi pengaktifan berjaya akan dipaparkan di skrin.
- Log masuk dengan ID Pengguna dan kata laluan yang baharu untuk akses i-Akaun KWSP anda.
Kemudahan Yang Disediakan Dalam i-Akaun
Senarai perkhidmatan secara online yang ditawarkan oleh i-Akaun (Ahli) KWSP diantaranya ialah:
- Perkhidmatan e-Pengeluaran (contohnya Pengeluaran Pengeluaran i-Lestari)
- Semakan Penyata KWSP tahun semasa dan tahun sebelumnya
- Semakan status permohonan pengeluaran
- Semakan sejarah pengeluaran
- Semakan status penamaan
- Kiraan anggaran amaun pengeluaran perumahan, simpanan dan pelaburan
- Kemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
- Semakan rekod transaksi caruman KWSP selama 2 tahun terkini
Cara Melindungi ID Pengguna Dan Kata Laluan
ID Pengguna dan kata laluan adalah kunci kepada akses maklumat di dalam i-Akaun anda. Pastikan anda melindungi ID Pengguna dan kata laluan supaya tidak diketahui atau dicuri oleh orang lain.
Berikut adalah Antara langkah-langkah yang dapat membantu anda melindungi ID Pengguna dan kata laluan anda:
- Jangan dedahkan ID Pengguna dan kata laluan kepada sesiapapun
- Jangan berikan ID Pengguna dan kata laluan anda melalui media sosial, emel atau telefon
- Tukar kata laluan secara berkala
- Jangan gunakan fungsi "Remember Password" pada web browser, kerana maklumat anda akan mudah diakses oleh penggodam komputer
- Log Out dari i-Akaun sebaik sahaja anda menyelesaikan urusan
Sekiranya anda lupa ID atau kata laluan, jangan panik. Ikuti langkah-langkah ini untuk dapatkan akses semula i-Akaun anda.
Semoga maklumat mengenai pendaftaran, pengaktifan, perkhidmatan dan sekuriti i-Akaun KWSP bermanfaat buat para pembaca.