Kadar Cukai Jalan Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak

Kadar cukai jalan bagi kenderaan milik persendirian dan syarikat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Berikut kami kongsikan maklumat cukai jalan Malaysia – kadar bayaran road tax tahunan berdasarkan jenis pemilikan kenderaan, kapasiti enjin dan lokasi simpanan/penggunaan kenderaan. Turut dikongsi ialah cara mengira jumlah road tax tahunan untuk sesebuah kenderaan berpandukan kadar asas dan kadar progresif yang dinyatakan di dalam jadual.

Kami juga senaraikan harga road tax tahunan untuk model-model kereta dan motosikal popular di Malaysia.

KADAR CUKAI JALAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Berikut adalah kadar road tax bagi kenderaan yang digunakan di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

i) Motokar Saloon Persendirian Milik Individu Di Semenanjung Malaysia

Kategori ini meliputi Motokar Saloon yakni kereta sedan, hatchback, convertible, wagon, MPV dan coupe milik individu, yang menggunakan bahan bakar petrol, diesel atau diesel hijau.

Kapasiti Enjin (cc) Kadar Asas Kadar Progresif (per cc tambahan) Cukai Jalan
1,000 dan ke bawah RM20 - RM20
1,001 - 1,200 RM55 - RM55
1,201 - 1,400 RM70 - RM70
1,401 - 1,600 RM90 - RM90
1,601 - 1,800 RM200 RM0.40 RM200 - RM280
1,801 - 2,000 RM280 RM0.50 RM280 - RM380
2,001 - 2,500 RM380 RM1.00 RM381 - RM880
2,501 - 3,000 RM880 RM2.50 RM882 - RM2,130
3,001 and ke atas RM2,130 RM4.00 RM2,134 +

ii) Motokar Saloon Persendirian Milik Syarikat Di Semenanjung Malaysia

Kategori ini meliputi Motokar Saloon yakni kereta sedan, hatchback, convertible, wagon, MPV dan coupe milik syarikat, yang menggunakan bahan bakar petrol, diesel atau diesel hijau.

Kapasiti Enjin (cc) Kadar Asas Kadar Progresif (per cc tambahan) Cukai Jalan
1,000 dan ke bawah RM20 - RM20
1,001 - 1,200 RM110 - RM110
1,201 - 1,400 RM140 - RM140
1,401 - 1,600 RM180 - RM180
1,601 - 1,800 RM400 RM0.80 RM400 - RM560
1,801 - 2,000 RM560 RM1.00 RM560 - RM760
2,001 - 2,500 RM760 RM3.00 RM760 - RM2,260
2,501 - 3,000 RM2,260 RM7.50 RM2,260 - RM6,010
3,001 and ke atas RM6,010 RM13.50 RM6,023+

kadar harga bayaran cukai jalan road tax kereta motosikal

iii) Kenderaan Persendirian Selain Motokar Saloon Milik Individu Dan Syarikat Di Semenanjung Malaysia

Kategori ini merangkumi Motokar Bukan Saloon yakni jip, van, bas, SUV, pick-up atau kenderaan komersial milik individu atau syarikat yang menggunakan bahan bakar petrol, diesel atau diesel hijau.

Kapasiti Enjin (cc) Kadar Asas Kadar Progresif (per cc tambahan) Cukai Jalan
1,000 dan ke bawah RM20 - RM20
1,001 - 1,200 RM85 - RM85
1,201 - 1,400 RM100 - RM100
1,401 - 1,600 RM120 - RM120
1,601 - 1,800 RM300 RM0.30 RM300 - RM360
1,801 - 2,000 RM360 RM0.40 RM360 - RM440
2,001 - 2,500 RM440 RM0.80 RM440 - RM840
2,501 - 3,000 RM840 RM1.60 RM840 - RM1,640
3,001 and ke atas RM1,640 RM1.60 RM1,641 +

iv) Motosikal Di Semenanjung Malaysia

Kapasiti Enjin (cc) Kadar Tetap
150cc dan ke bawah RM2
151cc hingga 200cc RM30
201cc hingga 250cc RM50
251cc hingga 500cc RM180
501cc hingga 800cc RM250
Melebihi 800cc RM350

KADAR CUKAI JALAN SABAH & SARAWAK

Berikut adalah kadar road tax bagi kenderaan yang digunakan di Sabah dan Sarawak.

i) Motokar Saloon Persendirian Milik Individu Dan Syarikat Di Sabah & Sarawak

Kategori ini merangkumi Motokar Saloon iaitu kereta sedan, hatchback, convertible, wagon, MPV dan coupe milik individu atau syarikat, yang menggunakan bahan bakar petrol, diesel atau diesel hijau.

Kapasiti Enjin (cc) Kadar Asas Kadar Progresif (per cc tambahan) Cukai Jalan
1,000 dan ke bawah RM20 - RM20
1,001 - 1,200 RM44 - RM44
1,201 - 1,400 RM56 - RM56
1,401 - 1,600 RM72 - RM72
1,601 - 1,800 RM160 RM0.32 RM160 - RM224
1,801 - 2,000 RM224 RM0.25 RM224 - RM274
2,001 - 2,500 RM274 RM0.50 RM274 - RM524
2,501 - 3,000 RM524 RM1.00 RM524 - RM1,024
3,001 and ke atas RM1,024 RM1.35 RM1,025 +

ii) Kenderaan Persendirian Selain Motokar Saloon Milik Individu Dan Syarikat Di Sabah & Sarawak

Kategori ini merangkumi Motokar Bukan Saloon yakni jip, van, bas, SUV, pick-up atau kenderaan komersial milik individu atau syarikat yang menggunakan bahan bakar petrol, diesel atau diesel hijau.

Kapasiti Enjin (cc) Kadar Asas Kadar Progresif (per cc tambahan) Cukai Jalan
1,000 dan ke bawah RM20 - RM20
1,001 - 1,200 RM42.50 - RM42.50
1,201 - 1,400 RM50 - RM50
1,401 - 1,600 RM60 - RM60
1,601 - 1,800 RM165 RM0.17 RM165 - RM199
1,801 - 2,000 RM199 RM0.22 RM199 - RM243
2,001 - 2,500 RM243 RM0.44 RM243 - RM463
2,501 - 3,000 RM463 RM0.88 RM463 - RM903
3,001 and ke atas RM903 RM1.20 RM904+

iii) Motosikal

Kapasiti Enjin (cc) Kadar Tetap
150cc dan ke bawah RM2
151cc hingga 200cc RM9
201cc hingga 250cc RM12
251cc hingga 500cc RM30
501cc hingga 800cc RM40
Melebihi 800cc RM42

CARA KIRA HARGA CUKAI JALAN

Berikut adalah beberapa contoh pengiraan jumlah cukai jalan tahunan.

Contoh 1:

Model:     Perodua Axia 1.0 AV
Kategori: Saloon – Milik Individu
Kapasiti:  998cc
Negeri:    Selangor

Jumlah Road tax  = Kadar asas 1000cc dan ke bawah
                             = RM20

Contoh 2:

Model:      Honda HR-V 1.8L V
Kategori:  Saloon - Milik Individu
Kapasiti:  1799cc
Negeri:     Johor (Semenanjung)

Jumlah Road tax   = Kadar asas + kadar progresif
                              = RM200 + (1799cc - 1600cc) x RM0.40
                              = RM200 + (199cc x RM0.40)
                              = RM200 + RM76.60
                              = RM279.60

Contoh 3:

Model:     Toyota Hilux Double Cab 2.4G
Kategori:  Bukan Saloon (Pick-Up) – Milik Syarikat
Kapasiti:  2393cc
Negeri:    Sarawak

Jumlah Road tax  = Kadar asas + kadar progresif
                             = RM243 + (2393cc - 2000cc) x RM0.44
                             = RM243 + (393cc x RM0.44)
                             = RM243 + RM172.92
                             = RM415.92


SENARAI HARGA CUKAI JALAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Berikut adalah senarai harga cukai jalan terkini bagi model-model kereta dan motosikal popular yang digunakan di Semenanjung Malaysia.

✦ Harga Cukai Jalan Kereta Perodua
  • Axia 1.0L RM20.00
  • Alza 1.5L RM90.00
  • Myvi 1.3L RM70.00
  • Myvi 1.5L RM90.00
  • Bezza 1.0L RM20.00
  • Bezza 1.3L RM70.00
  • Aruz 1.5L RM120.00
✦ Harga Cukai Jalan Kereta Proton
  • Saga 1.3L RM70.00
  • Persona 1.6L RM90.00
  • Iriz 1.3L RM70.00
  • Iriz 1.6L RM90.00
  • Exora 1.6L RM90.00
  • Preve 1.6L RM90.00
  • Perdana 2.0L RM378.50
  • Perdana 2.4L RM734.00
  • Proton  X70 1.8L RM359.70
✦ Harga Cukai Jalan Kereta Honda
  • Jazz 1.5L RM90.00
  • City 1.5L RM90.00
  • Civic 1.5L RM90.00
  • Civic 1.8L RM279.60
  • BRV 1.5L RM90.00
  • HRV 1.8L RM279.60
  • CRV 1.5L RM120.00
  • CRV 2.0L RM438.80
  • Accord 2.0L RM378.50
  • Accord 2.4L RM736.00
  • Odyssey (2018) 2.4L RM724.80
✦ Harga Cukai Jalan Kereta Toyota
  • Vios 1.5L RM90.00
  • Yaris 1.5L RM90.00
  • Avanza 1.5L RM90.00
  • Fortuner 2.4L RM754.40
  • Fortuner 2.7L RM1150.40
  • Innova 2.0L RM379.00
  • Hiace 2.5L RM835.20
  • Hilux 2.4L RM754.40
  • Hilux 2.8L RM1248.00
  • Vellfire 2.5L RM835.20
  • Alphard 3.5L RM2369.60
  • Rush (2019) 1.5L RM120.00
  • C-HR 1.8L RM279.20
  • Corolla 1.8L RM279.20
  • Camry 2.5L RM874.00
  • Harrier 2.0L RM439.20
✦ Harga Cukai Jalan Kereta Nissan
  • Almera 1.5L RM90.00
  • Serena 2.0L RM439.20
  • X-Trail 2.0L RM439.20
  • X-Trail 2.5L RM830.40
  • Navara 2.5L RM830.40
  • NV200 Panel Van 1.6L RM120.00
✦ Harga Cukai Jalan Motosikal
  • Yamaha Lagenda 115Z - RM2
  • Yamaha 135LC - RM2
  • Yamaha Y15ZR (Y Suku) - RM2
  • Yamaha Ego – RM2
  • Yamaha YZF-R15 RM30
  • Honda C100 - RM2
  • Honda Wave Alpha - RM2
  • Honda Wave 125i - RM2
  • Honda Dash 125 - RM2
  • Honda RS150R - RM2
  • Modenas Kriss 110 - RM2
  • Modenas Kriss MR2 - RM2
  • Modenas Pulsar NS200 RM30
  • SYM Bonus 110 SR - RM2
  • Kawasaki Ninja 250 RM50
  • Kawasaki Ninja H2 RM350
  • Ducati Panigale RM350
  • Ducati Monster RM350

Semoga maklumat harga cukai jalan kereta dan motosikal, cara kira cukai jalan serta senarai harga cukai jalan ini bermanfaat untuk para pemilik kenderaan bermotor Malaysia.