Tarikh Bayaran Bonus Khas Penjawat Awam 2019
Bayaran bonus khas kakitangan awam 2019. Bantuan Khas Kewangan 2019 ialah pemberian khas kerajaan persekutuan kepada penjawat awam dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dan pesara kerajaan sepertimana diumumkan di dalam pembentangan Bajet 2020. Ia sebagai tanda penghargaan kerajaan di atas perkhidmatan yang terpuji oleh kakitangan awam.
Ia akan dibayar pada bulan Disember 2019. Berikut adalah maklumat mengenai jumlah dan juga tarikh pembayaran bantuan khas tersebut seperti dimaklumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Tarikh & Kadar Bayaran Khas Kakitangan Awam
Penerima | Amaun | Tarikh Pembayaran |
---|---|---|
Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah |
RM500 | 18 Disember 2019 |
Pesara Kerajaan, Pesara Paksa Skim KWSP dan Veteran Tidak Berpencen |
RM250 | 18 Disember 2019 |
Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2019 Bantuan Khas Kewangan Tahun 2019 di sini untuk perincian pegawai yang layak dan pegawai yang tidak layak menerima bantuan khas ini.
Semoga bayaran khas untuk kakitangan awam ini akan menjadi motivasi kepada kakitangan kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan mutu kerja masing-masing untuk 2019 dan tahun-tahun seterusnya.