Cara Tuntut e-Tunai Rakyat RM30

Cara dapatkan kredit RM30 percuma eTunai Rakyat menerusi e-dompet Touch n' Go eWallet, GrabPay dan Boost.

Program e-Tunai Rakyat merupakan program rangsangan digital berjumlah RM450 juta yang telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan di bawah Belanjawan 2020. Ia bertujuan untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai di kalangan rakyat Malaysia, melalui penggunaan e-dompet (e-wallet) dan pembayaran digital dalam kalangan pengguna & pedagang tempatan.

e-Dompet merupakan dompet digital yang mempunyai fungsi penyimpanan wang dan membolehkan aktiviti membeli-belah secara digital.

Program ini juga bertujuan untuk memupuk gerakan digital yang lebih selamat dan cekap, tidak kira sama ada anda seorang pengguna atau peniaga.


Siapa Yang Layak Menerima e-Tunai Rakyat

Kriteria individu yang layak menerima e-tunai ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia yang memiliki MyKad
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas dalam tahun 2020
  3. Pendapatan tahunan kurang dari RM100,000 (untuk tahun 2018)

Kelayakan disahkan melalui data Jabatan Pendaftaran Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

cara tuntut e-tunai rakyat RM30


Jumlah Bayaran e-Tunai Rakyat

Jumlah yang akan diterima oleh setiap penerima ialah RM30 sekali bayar. Ia adalah dalam bentuk kredit yang akan dimasukkan terus ke dalam akaun e-wallet penerima.


Cara Membuat Tuntutan e-Tunai Rakyat

Tuntutan boleh dibuat melalui aplikasi mobile e-wallet terpilih bermula 15 Januari 2020.

Mula-mula pengguna hendaklah download dan memasang aplikasi e-wallet di dalam telefon bimbit. Pilih salah satu dari tiga penyedia e-wallet yang merupakan rakan kepada Program e-Tunai Rakyat, iaitu:

  • Touch ‘n Go eWallet
  • Boost
  • GrabPay

Muat turun aplikasi ini di Google Play Store (bagi telefon pintar Android) atau Apple App Store (bagi telefon pintar iPhone).

Kemudian ikuti arahan yang terdapat dalam aplikasi untuk langkah-langkah menuntut e-tunai anda. Tuntutan boleh dibuat mulai 15 Januari 2020 sehingga 14 Mac 2020.


Cara Penggunaan e-Tunai Rakyat

  • e-Tunai RM30 ini boleh digunakan untuk membeli sebarang barangan atau perkhidmatan yang terdapat melalui e-dompet pilihan anda.
  • Ia hanya boleh digunakan sehingga 14 Mac 2020. Sebarang baki yang tidak dibelanjakan akan luput selepas 14 Mac 2020.
  • Ia tidak boleh dipindahkan kepada mana-mana pengguna lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai setiap ewallet yang terlibat serta langkah-langkah untuk menebus e-tunai Rakyat, sila layari laman web Touch ‘n Go, Boost dan GrabPay.

Semoga maklumat cara claim e-Tunai Rakyat ini bermanfaat untuk semua pembaca. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Kementerian Kewangan Malaysia.