Jadual Perjalanan Dan Harga Tiket KTM SkyPark Link

Jadual perjalanan dan tambang KTM Komuter SkyPark Link 2021 (SkyPark Link timetable and ticket prices). SkyPark Link adalah laluan perkhidmatan keretapi komuter KTM yang menghubungkan KL Sentral dan Lapangan Terbang Subang. Laluan ekspress ini merangkumi tiga stesen iaitu KL Sentral, Subang Jaya dan Terminal SkyPark di Lapangan Terbang Subang.

KL Sentral merupakan hab pengangkutan darat Lembah Klang, manakala Lapangan Terbang Subang (juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah) adalah hab kepada penerbangan swasta dan penerbangan komersial turbo-prop domestik seperti Firefly dan Malindo Air.

Perkhidmatan tren KTM komuter laluan KL Sentral - Subang Jaya - Terminal SkyPark ini adalah salah satu alternatif pengangkutan darat ke/dari Lapangan Terbang Subang selain teksi, bas dan perkhidmatan e-hailing seperti Grab. Ia lebih mudah, murah dan menjimatkan masa bagi pelancong dan mereka yang tinggal atau bekerja berhampiran Lapangan Terbang Subang.

Jadual Waktu Perjalanan Tren SkyPark Link

Laluan SkyPark Link menyediakan 11 perjalanan sehari bagi arah KL Sentral - Subang Jaya - Terminal Skypark, dan 10 perjalanan bagi arah Terminal Skypark - Subang Jaya - KL Sentral.

Tren pertama dari KL Sentral berlepas pada pukul 6:00 setiap pagi dan tiba pada jam 6:43 pagi di Terminal Skypark. Manakala tren terakhir bertolak pada jam 6:18 petang dari KL Sentral dan tiba pada jam 6:55 petang di Terminal Skypark.

Tren pertama dari Terminal Skypark berlepas pada pukul 7:08 pagi dan tiba pada jam 7:45 pagi di KL Sentral. Manakala tren terakhir dari KL Sentral bertolak pada jam 8:01 malam dan tiba pada jam 8:38 malam di KL Sentral.

Kekerapan perjalanan adalah sekitar setiap 1 jam dan setiap perjalanan Terminal SkyPark - KL Sental mengambil masa sekitar 35 minit.

Berikut adalah jadual waktu perjalanan tren KTM SkyPark Link yang terkini.

jadual perjalanan SkyPark Link timetable

Harga Tiket Tren SkyPark Link

Harga tambang tunai dewasa untuk perjalanan KL Sentral - Terminal SkyPark ialah RM11.00. Harga tiket untuk kanak-kanak (2-12 tahun), warga emas (60 tahun ke atas), OKU, murid sekolah menengah dan pelajar IPT ialah RM5.50 (diskaun 50% daripada tambang tunai dewasa).

Berikut adalah jadual harga tambang SkyPark Link yang terkini.

harga tembang tiket SkyPark Link timetable

Catatan:

Kanak-kanak di bawah dua tahun naik percuma ● Pelajar sekolah menengah dan pelajar IPT dikehendaki mendaftar di https://www.ktmb.com.my ● Pas Bulanan hanya boleh didapati untuk tambang DEWASA.

Untuk maklumat mutakhir harga tiket dan jadual perjalanan SkyPark Link, sila layari laman Skypark Link KTM di sini.

Semoga perkongsian maklumat tentang jadual perjalanan dan harga tiket SkyPark Link ini bermanfaat buat para pembaca.