Pendaftaran Dan Semakan Penempatan Murid Tahun 1 2021 & 2022
Permohonan kemasukan dan semakan penempatan ke Tahun Satu bagi ambilan tahun 2021 dan 2022. Pendaftaran murid Darjah Satu ambilan tahun 2021 dan 2022 boleh dilakukan secara online bagi seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan).
Berikut kami kongsikan maklumat dan panduan permohonan kemasukan ke Tahun Satu 2021/2022 secara dalam talian.
Untuk pendaftaran murid prasekolah, sila layari Permohonan Kemasukan Prasekolah 2021.
Tarikh Permohonan Pendaftaran Dibuka
Permohonan ke Tahun Satu bagi kemasukan 2021 dan 2022 akan dibuka bermula 1 Mac hingga 30 April 2020.
- Kemasukan tahun 2021 adalah bagi kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015.
- Kemasukan tahun 2022 adalah bagi kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016.
Cara Mendaftar Murid Tahun 1 Ambilan 2021/2022
Pendaftaran murid tahun 1 secara online boleh dilakukan menerusi laman web modul pendaftaran murid SPATKPM. Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM) adalah merupakan satu gerbang untuk melakukan transaksi berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar pelajar tahun 1:
- Layari laman SPATKPM di pautan berikut:
- Log in menggunakan nombor kad pengenalan ibu bapa / penjaga dan kata laluan.
Bagi pengguna SPATKPM yang baharu, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di sini menggunakan ID Pengenalan ibu bapa / penjaga.
- Isi borang pemohonan pendaftaran. Antara maklumat yang perlu diisi ialah maklumat prasekolah/tadika, profil kesihatan dan rekod imunisasi anak.
- Cetak borang yang telah lengkap diisi untuk tujuan pengesahan.
- Selepas 14 hari permohonan, ibu bapa hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk proses Perakuan. Bawa juga dokumen-dokumen berikut (dokumen asal serta 1 salinan):
- Sijil lahir anak / sijil anak angkat
- Bukti alamat tempat tinggal – samada bil elektrik, bill air, bil telefon, bil utiliti lain
- Kad pengenalan ibu bapa / penjaga
- Surat nikah / surat cerai
- Laporan doktor & kad OKU (jika berkaitan)
- Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi
Semakan Pendaftaran Murid Tahun 1 2021 & 2022
Semakan keputusan pendaftaran (penempatan) murid darjah satu bagi Sesi Kemasukan 2021 boleh dibuat bermula 1 Ogos 2020 kepada semua negeri kecuali Wilayah Persekutuan Putrajaya yang hanya akan dibuka mulai pada 1 Oktober 2020.
Semakan pemaklumam ini boleh dibuat secara online di laman web https://public.moe.gov.my. Jika berjaya, pihak sekolah akan mengemukakan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan. Jika tidak berjaya, ibu bapa / penjaga boleh membuat rayuan.
Semoga perkongsian maklumat mengenai pendaftaran murid tahun satu ini berguna buat ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal memasuki alam persekolahan.