Cara Membasuh Tangan Dengan Betul
7 langkah cuci tangan KKM terbaru. Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih. Tangan anda boleh menjadi tempat persembunyian pelbagai jenis kuman seperti bakteria dan virus yang membawa penyakit-penyakit berbahaya.
Untuk memastikan tangan anda sentiasa bersih dari kuman dan kotoran, amalkan membasuh tangan dengan betul menggunakan air dan sabun:
- Sebelum dan selepas menyediakan / mengendalikan makanan
- Sebelum dan selepas makan
- Selepas ke tandas
- Selepas menyentuh daging mentah dan atau permukaan tercemar
- Selepas menghembus hingus
- Bila-bila masa tangan anda kotor
7 Langkah Mencuci Tangan Yang Betul
Sebelum membasuh tangan, tanggalkan jam tangan, gelang dan cincin yang anda pakai.
Berikut adalah panduan mencuci tangan dengan betul oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Terdapat tujuh langkah yang perlu diikuti:
- Langkah pertama
Basahkan kedua-dua tangan dan ratakan sabun secukupnya.
- Langkah kedua
Gosok kedua-dua belah tapak tangan.
- Langkah ketiga
Gosok setiap jari dan celah-celah jari. Ulangi untuk tangan satu lagi.
- Langkah keempat
Gosok hujung jari/kuku pada tapak tangan untuk membersihkan celah kuku. Ulangi untuk tangan satu lagi.
- Langkah kelima
Gosok belakang tangan dan celah jari. Ulangi untuk tangan satu lagi.
- Langkah keenam
Bilas tangan dengan aliran air bersih secukupnya.
- Langkah ketujuh
Keringkan tangan dengan tuala atau tisu yang kering dan bersih.
Para pembaca disarankan untuk mengamalkan membasuh tangan dengan cara yang betul seperti dikongsi di atas. Tangan yang bersih boleh mencegah penyakit.
Poster "7 Langkah Mencuci Tangan Yang Betul" oleh KKM dalam bentuk pdf boleh dimuat turun di sini (28.8MB)
Baca juga: