Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Dan Kolej Komuniti Sesi Jun 2020

Permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti bagi sesi Jun 2020 telahpun dibuka.

Politeknik dan Kolej Komuniti merupakan dua institusi pendidikan tinggi milik penuh Kerajaan. Ia menawarkan program-program pengajian sepenuh masa yang diiktiraf kerajaan dengan yuran pengajian yang berpatutan.

permohonan kemasukan politeknik dan kolej komuniti 2020

Syarat Kelayakan Dan Cara Memohon

Berikut adalah syarat kelayakan dan cara memohon kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti. Permohonan boleh dibuat secara online, klik pada pautan yang disertakan.

Program Diploma Politeknik

  • Lepasan SPM tahun 2017-2019 - permohonan kemasukan melalui UPUOnline
  • Lepasan SPM tahun 2016 & ke bawah, lulusan Sijil Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Institut Kemahiran Tinggi PERDA, Institut Pertanian Malaysia, lulusan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dan lulusan Sijil APEL – permohonon melalui E-Borang Politeknik Malaysia di sini
  • Pelajar semester akhir Pra Diploma Politeknik - permohonon melalui Borang Kemasukan ke Program Diploma Politeknik di sini

Program Pra Diploma Politeknik

  • Lepasan SPM - permohonon melalui e-Borang Politeknik Malaysia di sini

Program Sijil Kolej Komuniti

Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik (ketidakupayaan pendengaran)

  • Lepasan Sekolah Pendidikan Khas atau Program Pencantuman Pendidikan Khas (ketidakupayaan pendengaran) - permohonon melalui e-Borang Pelajar Pendidikan Khas Politeknik di sini

Tempoh Permohonan Politeknik Dan Kolej Komuniti

Permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti bagi ambilan Jun 2020 dibuka mulai 1 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan ke Politeknik Dan Kolej Komuniti, sila layari http://ambilan.mypolycc.edu.my atau hubungi Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti di talian 03-8888 3837 (jam 8 pagi - 5.00 petang).

Untuk khidmat nasihat dan rundingcara, boleh kunjungi Karnival Jom Masuk IPT 2020.

Diharap perkongsian tentang permohonan kemasukan ke Politeknik Dan Kolej Komuniti ini memberi manfaat buat para pembaca.