Cara Memohon Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online

Cara memohon pengeluaran i-Lestari KWSP secara online. Bagi meringankan beban kewangan rakyat berikutan wabak COVID-19, kerajaan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF) membuat pengeluaran simpanan menerusi Pengeluaran i-Lestari dari Akaun 2, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Permohonan i-Lestari boleh dikemukan melalui emel, secara pos ataupun secara online.

Berikut kami kongsikan cara yang paling mudah untuk membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP, iaitu permohonan secara online.

[Terkini] KWSP telah menyediakan cara baru memohon dan menyemak keputusan pengeluaran i-Lestari KWSP online, tanpa perlu buka i-Akaun. Bagi yang belum ada i-Akaun, buatlah permohonan dan semakan melalui i-Lestari Online. Kaedah ini lebih mudah dan pantas.

Langkah-langkah Memohon e-Pengeluaran i-Lestari Secara Online

Sebelum mengemukakan permohonan, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan Pengeluaran i-Lestari, telah mendaftar dengan i-Akaun (Ahli) KWSP dan telah mendaftar nombor telefon bimbit untuk tujuan penerimaan Transaction Authorisation Code (TAC) i-Akaun.

(Sekiranya belum daftar nombor telefon untuk TAC, anda boleh lakukannya menerusi kios KWSP. Senarai kios ada di sini. Di musim PKP ni banyak lokasi tutup, tapi bank buka, jadi carilah kios KWSP di bank berdekatan anda)

Ikuti langkah-langkah berikut untuk memohon e-Pengeluaran i-Lestari:

  1. Layari laman KWSP di pautan berikut:

    https://www.kwsp.gov.my

    Log masuk ke i-Akaun (Ahli) menggunakan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN anda.

  2. Pilih menu "PENGELUARAN".

    kwsp pilih pengeluaran

  3. Klik pada butang "Permohonan Baru".

    kwsp pengeluaran permohonan baru

  4. Klik pada kotak Jenis Pengeluaran dan pilih “i-Lestari”.

    kwsp pilih jenis pengeluaran

    Satu pop-up yang bertajuk NOTA PENTING PERMOHONAN e-PENGELUARAN akan keluar. Baca, fahami dan tekan butang "OK". Kemudian tekan butang "Seterusnya".

  5. Masukkan amaun pengeluaran bulanan yang dimohon berpandukan Anggaran Amaun Kelayakan (minimum RM50 dan maksimum RM500 bergantung kepada baki Akaun 2). Masukkan juga butiran akaun – pilih nama bank dan isi nombor akaun.

    Kemudian tekan butang "Seterusnya".

    maklumat pengeluaran

  6. Semak maklumat yang dipaparkan seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat surat menyurat, nombor telefon, alamat emel, butiran akaun bank, jenis dan amaun e-Pengeluaran.
  7. Tick pada check box Perakuan, satu pop-up bertajuk Perakuan akan keluar. Baca dan fahami, kemudian tekan butang "SETUJU".
  8. Akhir sekali request TAC dan tunggu ia dihantar ke telefon bimbit anda melalui SMS. Bila ia diterima, masukkan ke ruangan TAC, kemudian tekan butang "Hantar".
  9. Pengesahan Permohonan Pengeluaran akan dipaparkan menandakan permohonan anda telah berjaya dihantar. Ia mengandungi maklumat tarikh dan masa penghantaran, status "TELAH DIHANTAR" dan nombor rujukan e-Pengeluaran anda. Anda boleh mencetaknya jika mahu dengan menekan butang “Cetak”.

    pengesahan pengeluaran kwsp

Pemohon dinasihatkan untuk menyemak inbox i-Akaun bagi mendapatkan status terkini permohonan e-Pengeluaran i-Lestari.

Semoga panduan memohon pengeluaran i-Lestari KWSP secara dalam talian ini berguna untuk para pembaca.