Semakan, Bayaran Dan Rayuan Geran Khas Prihatin (GKP)

Semakan kelulusan permohonan Geran Khas Prihatin (GKP), tarikh dan cara pembayaran GKP dan permohonan rayuan GKP secara online.

Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Semakan, Bayaran Dan Rayuan Geran Khas Prihatin (GKP)

Semakan Kelulusan Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP)

Pemohon boleh menyemak status keputusan permohonan Geran Khas Prihatin mulai 3 Jun 2020 melalui portal rasmi GKP Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ikuti langkah berikut untuk menyemak:

  • Layari halaman Log Masuk GKP di pautan berikut:

    https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login

  • Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) dalam ruangan ID Pengguna, kemudian tekan butang Semak.
  • Sahkan kata kunci keselamatan anda.
  • Masukkan kata laluan dan tekan butang Log Masuk. Sistem akan memaparkan status permohonan GKP anda.

Tarikh Dan Cara Pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP)

Pemohon GKP yang berjaya (LULUS) dijangka menerima bayaran secara pengkreditan terus ke akaun bank masing-masing mulai 15 Jun 2020.

Bagi permohonan yang masih dalam semakan (DALAM PROSES) pula, LHDN berkata keputusan permohonan akan dimaklumkan mulai 8 Jun dan pembayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 15 Jun 2020.

Permohonan Rayuan Geran Khas Prihatin (GKP)

Kerajaan bersetuju untuk memberikan peluang kepada pemohon yang gagal (TIDAK LULUS) dalam permohonan GKP untuk mengemukakan permohonan rayuan mulai 3 Jun hingga 15 Jun secara online melalui portal rasmi GKP.

Setiap permohonan rayuan akan diproses dengan teliti dan keputusan rayuan akan dimaklumkan mulai 22 Jun manakala pembayaran pula dijangka dibuat mulai 29 Jun 2020.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan GKP boleh dimajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-89111000 / 603-89111100 (luar negara), HASiL Live Chat, Facebook atau Twitter.

Semoga maklumat semakan, pembayaran serta rayuan permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) ini memberi manfaat kepada pemilik PKS mikro.