Harga Dan Spesifikasi SUV Proton X50
Harga, spesifikasi dan gambar Proton X50 baharu. Proton X50 merupakan SUV kedua Proton selepas Proton X70. Model SUV ini adalah berdasarkan SUV Geely Binyue keluaran syarikat China Geely. Ia berada di bawah Proton X70 dan bersaing dengan Honda HR-V, Mazda CX-3 dan SUV yang seangkatan.
Proton X50 dipacu oleh enjin l.5 liter tiga silinder dengan pengecas turbo dan digandingkan bersama transmisi automatik 7-kelajuan klac berkembar DCT. Ia hadir dalam empat varian iaitu 1.5T Standard, 1.5T Executive, 1.5T Premium dan 1.5 TGDi Flagship.
Proton X50 boleh didapati dalam enam pilihan warna iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ocean Blue, Citric Orange dan Passion Red. Model Flagship juga tampil dengan skema warna dua-tona, dengan kemasan cat hitam pada bumbung.
Berikut adalah gambar-gambar, senarai harga, serta spesifikasi penuh kenderaan SUV Proton X50.
Senarai Harga Proton X50 2020
Berikut adalah jadual harga On-The-Road (OTR) termasuk insuran bagi Proton X50. Harga ini termasuk aksesori standard dan sah untuk pendaftaran persendirian sahaja. Semua harga yang dinyatakan ini termasuk perlindungan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan.
Harga tersenarai ini adalah dengan pengecualian cukai SST dan sah sehingga 31 Disember 2020.
Varian | Proton X50 1.5T Standard | Proton X50 1.5T Executive | Proton X50 1.5T Premium | Proton X50 1.5 TGDi Flagship |
---|---|---|---|---|
Semenanjung Malaysia | RM79,200 | RM84,800 | RM93,200 | RM103,300 |
Malaysia Timur | RM81,200 | RM86,800 | RM95,200 | RM105,300 |
Spesifikasi Proton X50
Berikut adalah spesifikasi penuh Proton X50:
Klik untuk gambar penuh/jelas
Kelengkapan Utama Proton X50
Berikut adalah fitur dan kelengkapan utama Proton X50 baharu: