Tarikh Dan Cara Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0 Fasa Kedua

Tarikh & cara pembayaran, semakan dan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Fasa Kedua.

Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0 adalah bantuan tambahan kepada Bantuan Prihatin Nasional sebelum ini, yang merupakan bantuan one-off kerajaan kepada rakyat dari golongan B40 dan M40 bagi meringankan beban mereka akibat kesan wabak COVID-19. BPN 2.0 adalah sebahagian daripada pakej bantuan #KitaPrihatin yang melibatkan peruntukan RM7 billion.

[Baharu] Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran iaitu pada Fasa 1 (Oktober 2020) dan Fasa 2 (Januari 2021).

Penerima BPN sebelum ini tidak perlu membuat permohonan baharu untuk mendapatkan BPN 2.0 kerana bantuan ini dibuat berdasarkan pangkalan data BPN 2020 yang sedia ada. Bagi mereka yang layak tetapi masih belum pernah menerima BPN, kerajaan akan membuka peluang untuk rayuan dan permohonan baru.

Semakan Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Penerima yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Januari 2021.

Semakan status boleh dibuat di laman semakan BPN 2 di pautan berikut:

https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatusBPN.aspx

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Jadual di bawah menyatakan tarikh dan cara agihan bantuan Fasa Pertama dan Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0.

Kategori B40 M40
Pendapatan Bulanan Isi Rumah RM4,000 ke bawah Bujang RM2,000 ke bawah Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000 Bujang RM2,001 hingga RM4,000
Jumlah Bantuan BPN 2.0 RM1,000 RM500 RM600 RM300
Fasa dan Amaun Pembayaran

Fasa 1: RM700

Fasa 2: RM300

Fasa 1: RM350

Fasa 2: RM150

Fasa 1: RM400

Fasa 2: RM200

Fasa 1: RM200

Fasa 2: RM100

Tarikh Pembayaran Fasa 1 Mulai 26 Oktober 2020 Mulai 26 Oktober 2020
Tarikh Pembayaran Fasa 2 Mulai 21 Januari 2021 Mulai 25 Januari 2021
Pembayaran Permohonan Baharu dan Rayuan BPN 2.0 Mulai 21 Januari 2021 Mulai 25 Januari 2021
Kaedah Pembayaran
  • Secara terus ke akaun bank yang berdaftar dalam pangkalan data BPN 2020 sebelum ini.
  • Bagi penerima BPN yang tiada akaun bank atau akaun bank tidak aktif/tutup,tuntutan tunai boleh dibuat di cawangan BSN bagi mulai 25 Januari 2021.
  • Bagi penerima BPN di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank, bayaran akan dibuat mulai bulan Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi-lokasi yang bakal diumumkan pada akhir bulan Januari.

tarikh dan cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0

Jumlah dan tarikh bayaran BPN 2.0

Maklumat Lanjut BPN 2.0

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian Kewangan Malaysia atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:

⦿ LHDNM
  • Telefon Hasil Care Line: 03-89111000 dari jam 9 pagi - 5 petang (Ahad – Jumaat)
  • Talian bebas tol Hasil Live Chat: 1-800-88-2747 dari jam 9 pagi - 5 petang (Ahad – Jumaat)
  • Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/

Semoga maklumat pembayaran BPN 2.0 ini bermanfaat buat para pembaca.