Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021
Maklumat mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sepertimana diumumkan dalam Belanjawan 2021.
Kerajaan akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Bantuan wang tunai BPR ini masih mensasarkan golongan isi rumah berpendapatan rendah B40 sepertimana BSH, tetapi ditambah baik dari segi kategori pendapatan dan kadar bantuan.
Pemberian BPR 2021 ini dijangka akan memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion berbanding dengan 4.3 juta penerima dan peruntukan RM5 bilion sebelum ini di bawah BSH 2020.
[Update] Tempoh pendaftaran baharu dan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021.
Permohonan Baharu BPR 2021
Permohonan baharu dan pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka mulai 15 Januari 2021 sehingga 15 25 Februari 2021. Ini bagi memberi peluang kepada mereka yang layak tetapi belum mendaftar.
Memohon dan kemaskini BPR boleh dilakukan secara online ataupun dengan mengemukakan borang BPR 2021 (BK-01) ke cawangan LHDNM berhampiran.
Amaun Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021
Jadual di bawah menunjukkan jumlah bantuan BPR 2021 mengikut kategori pendapatan bulanan & bilangan anak bagi isi rumah, dan pendapatan bagi individu bujang.
Kategori | Jumlah Bantuan (berdasarkan bilangan anak) | |
---|---|---|
Sehingga seorang * | Dua atau lebih | |
Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,500 ke bawah | RM1200 | RM1800 |
Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,501 hingga RM4,000 | RM800 | RM1200 |
Isi rumah berpendapatan bulanan RM4,001 hingga RM5,000 | RM500 | RM750 |
Individu bujang berusia 21 tahun - 59 tahun / OKU berumur 18 tahun - 59 tahun dan berpendapatan bulanan RM2,500 ke bawah | RM350 |
* Bermaksud isi rumah yang tiada anak atau mempunyai satu anak.
Sumber: Teks ucapan pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Teks ucapan penuh boleh dimuat turun di sini.
Tarikh Pembayaran BPR 2021
Bayaran Fasa Pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuat mulai penghujung bulan Februari 2021. Sila layari Tarikh Dan Cara Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) untuk perincian.
Anda boleh hubungi saluran-saluran berikut untuk sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Prihatin Rakyat:
- Nombor hotline BPR Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
- Nombor hotline bebas tol BPR Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2747
- Emel: bpr@treasury.gov.my
- Alamat: Sekretariat BPR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya
Semoga info mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 ini berguna untuk para pembaca.