Cara Link Tabung Haji Dengan Bank Rakyat

Cara-cara link akaun Tabung Haji ke kad ATM Bank Rakyat. Berikut kami kongsikan cara menghubungkan akaun Tabung Haji dengan kad ATM Bank Rakyat.

Sebagai rakan strategik Tabung Haji, Bank Rakyat menawarkan pelbagai transaksi TH di kaunter, mesin ATM, mesin CDM dan perbankan internet iRakyat. Walau bagaimanapun untuk menggunakan perkhidmatan TH melalui ATM, CDM dan perbankan internet, kad ATM Bank Rakyat perlulah diaktifan (link) dengan akaun Tabung Haji anda terlebih dahulu.

Senarai Perkhidmatan TH Menerusi ATM Dan Perbankan Internet Bank Rakyat

Berikut adalah senarai perkhidmatan berkaitan Tabung Haji yang ditawarkan menerusi mesin ATM Bank Rakyat, kaunter dan juga secara online melalui portal perbankan internet iRakyat:

  • Keluarkan duit tunai Tabung Haji
  • Deposit / simpan duit tunai ke akaun Tabung Haji
  • Pindah duit (online transfer) antara akaun Bank Rakyat dan Tabung Haji
  • Pindah duit antara akaun Tabung Haji anda dan Tabung Haji pihak ketiga
  • Semak baki akaun Tabung Haji
  • Penyata Mini Akaun Tabung Haji (kaunter dan online sahaja)
  • Daftar haji
  • Pengaktifan (link) kad ATM
  • Pembatalan (de-link) kad ATM (kaunter dan online sahaja)

Setiap transaksi akan dicaj RM1 kecuali semakan baki, link dan de-link kad ATM, daftar haji dan penyata mini akaun TH (percuma).

Bagaimana Nak Hubungkan Tabung Haji Dengan Bank Rakyat

Akaun Tabung Haji dapat dihubungkan dengan akaun Bank Rakyat anda dengan mendaftar akaun Tabung Haji ke kad ATM Bank Rakyat. Proses pendaftaran ini adalah percuma, dan ia boleh dilakukan di kaunter Bank Rakyat, mesin ATM Bank Rakyat atau secara online melalui perbankan internet Bank Rakyat di https://www.irakyat.com.my.

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk mendaftar akaun TH anda melalui ATM Bank Rakyat. Pastikan anda membawa kad ATM Bank Rakyat dan nombor akaun Tabung Haji semasa mendaftar:

  1. Masukkan kad ATM Bank Rakyat anda dan masukkan nombor pin seperti biasa.

    cara hubungkan Bank Rakyat ke tabung haji

  2. Pilih menu "TERUSKAN".

    link Bank Rakyat ke akaun tabung haji

  3. Pilih menu "LAIN-LAIN".

    link Bank Rakyat ke akaun tabung haji

  4. Pilih menu "LINK AKAUN TABUNG HAJI / PENDAFTARAN HAJI".

    link Bank Rakyat ke akaun tabung haji

  5. Pilih menu "LINK AKAUN SENDIRI".

    link bank Rakyat ke tabung haji

  6. Masukkan nombor akaun Tabung Haji anda. Kemudian tekan “TERUSKAN” untuk ke skrin seterusnya.

    link kad bank Rakyat ke tabung haji anak

  7. Nombor akaun TH dan kad pengenalan anda akan dipaparkan. Tekan "SAHKAN" untuk pengesahan. Selesai.

    link kad bank Rakyat ke tabung haji anak

Setelah berjaya link akaun sendiri, anda bolehlah pula link akaun Tabung Haji anak-anak yang dibuka atas nama anda. Untuk mendaftar akaun Tabung Haji anak, ulangi langkah-langkah yang hampir sama seperti di atas, cuma di Langkah 5 pilih “LINK AKAUN AMANAH”.

Selain Bank Rakyat, pendaftaran (link) akaun TH juga boleh dilakukan ke kad ATM Maybank, Bank Islam dan CIMB. Proses pendaftaran (link) adalah hampir sama.

Semoga panduan mengenai cara link akaun Tabung Haji dengan kad ATM Bank Rakyat ini bermanfaat buat semua pembaca khususnya pendeposit Tabung Haji dan pelanggan Bank Rakyat.