MyBayar Saman - Cara Semak Dan Bayar Saman PDRM
Semak dan bayar saman PDRM secara online atau melalui mobile app dengan MyBayar Saman. MyBayar Saman ialah perkhidmatan percuma yang disediakan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM (JSPT) untuk membuat semakan dan pembayaran kompaun saman polis dan saman trafik.
Perkhidmatan ini boleh diakses secara online melalui internet di Portal MyBayar Saman dan juga menerusi aplikasi mudah alih. Kini orang ramai boleh semak dan bayar saman dengan cepat, mudah dan tanpa sebarang caj perkhidmatan.
Penggunaan Portal MyBayar Saman
Untuk semakan dan pembayaran saman melalui portal MyBayar Saman, sila ikuti langkah-langkah berikut:
Pendaftaran Pengguna
- Layari portal MyBayar Saman di pautan:
- Klik butang 'DAFTAR' untuk daftar pengguna baharu.
- Isi maklumat peribadi - no. kad pengenalan, nama, alamat, alamat emel dan nombor telefon bimbit.
- Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
- Log masuk dengan nombor kad pengenalan (untuk ruangan Id Pengguna) dan kata laluan yang didaftarkan.
Semakan Saman
- Log masuk dengan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
- Butiran saman (jika ada) akan dipaparkan.
Pembayaran Saman
- Klik butang ‘Bayar’ di butiran saman.
- Semak saman yang ingin dibayar.
- Pilih mod bayaran dan klik butang ‘Bayar.’
- Pembayaran selesai.
Penggunaan Aplikasi MyBayar Saman
Bagi semakan dan pembayaran saman melalui aplikasi telefon, sila ikuti langkah-langkah berikut:
Pendaftaran Pengguna
- Muat turun aplikasi MyBayar Saman di Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery.
- Sekiranya anda sudah mendaftar di Portal MyBayar Saman, anda boleh log in terus menggunakan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Sekiranya belum mendaftar, tekan pautan 'Daftar Pengguna Baharu'
- Isi maklumat peribadi dengan betul.
- Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
- Log masuk di aplikasi MyBayar Saman.
Semakan Saman
- Tekan butang ‘Semakan Saman’ di menu utama.
- Butiran saman akan dipaparkan. Notifikasi saman dipaparkan jika terdapat saman baharu.
Pembayaran Saman
- Tekan butang ‘Bayaran Saman’ di menu utama.
- Pilih saman yang hendak dibayar.
- Pilih mod bayaran.
- Butiran transaksi bayaran akan dipaparkan.
- Semak sejarah transaksi di paparan aktiviti.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda berdepan masalah berkaitan pembayaran saman melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman, sila hubungi Pusat Panggilan Setempat, Cawangan Pengurusan Saman JSPT PDRM di talian 03-22663346/47 atau melalui emel di alamat mybayarsaman@rmp.gov.my.
Untuk maklumat dan info terkini tentang aplikasi MyBayar Saman, sila layari laman Facebook rasmi Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM.