Kadar Zakat Fitrah 2022 Setiap Negeri Dan Saluran Pembayaran
Berikut dikongsikan kadar zakat fitrah untuk setiap negeri di Malaysia dan Singapura bagi tahun 2022 Masihi / 1443 Hijrah. Dikongsikan saluran-saluran pembayaran zakat fitrah secara online dan melalui aplikasi mobile. Kadar bayaran zakat fitrah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri (bagi Malaysia) berdasarkan nilai satu gantang Baghdad beras yang dimakan oleh majoriti penduduk Islam negeri masing-masing.
Bayaran zakat fitrah boleh dibuat di sepanjang bulan Ramadhan sehingga sebelum sembahyang Hari Raya Aidil Fitri di pagi 1 Syawal. Zakat fitrah hendaklah dibayar kepada amil fitrah yang dilantik atau dibayar terus ke Majlis Agama Islam Negeri masing-masing samada bayar di kaunter, secara online atau melalui aplikasi telefon bimbit.
Kadar Zakat Fitrah Dan Kaedah Pembayaran
Berikut adalah senarai kadar zakat fitrah untuk semua negeri bagi tahun 2022M/1443H. Disertakan juga senarai saluran pembayaran secara dalam talian dan aplikasi mobile. Kadar zakat fitrah bagi setiap negeri akan dikemaskini sebaik ia diumumkan oleh Majlis Agama Islam masing-masing.
MalaysiaTercinta.com | ||
---|---|---|
Negeri | Kadar | Saluran Pembayaran |
Kelantan | RM7.00, RM14.00 & RM21.00 |
|
Terengganu | RM7.00 |
|
Pahang | RM7.00 |
|
Perlis | RM7.00 |
|
Kedah | RM7.00, RM14.00 & RM21.00 |
|
Pulau Pinang | RM7.00, RM13.00 & RM20.00 |
|
Perak | RM7.00, RM14.00 & RM21.00 |
|
Selangor | RM7.00, RM14.00 & RM21.00 |
|
Negeri Sembilan | RM7.00, RM10.00 & RM21.00 |
|
Melaka | RM7.00, RM14.00 & RM21.00 |
|
Johor | RM7.00 & RM10.00 |
|
Sabah | RM7.00 |
|
Sarawak | RM7.00 |
|
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan | RM7.00, RM14.00 & RM21.00 |
|
Bagi negeri-negeri yang menetapkan lebih dari satu kadar zakat fitrah, kadar zakat hendaklah dipilih berdasarkan jenis/harga beras yang menjadi makanan harian sipembayar zakat dan keluarga, contohnya:
- RM5.00 – Beras Super Tempatan (10-15% hancur)
- RM7.00 – Beras Super Spesial Tempatan (5% hancur)
- RM14.00 – Beras Super Import/Beras Perang/Beras Pulut/Herba Ponni/Beras Wangi
- RM21.00 – Beras Basmathi/Beras Jepun/Beras Merah
Kadar Zakat Fitrah 2022 Bagi Singapura
Penetapan kadar zakat fitrah Singapura dibuat oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) berdasarkan harga 2.3kg beras gred biasa dan beras gred tinggi.
Kadar zakat fitrah Singapura bagi tahun 2022/1443H ialah S$5.10 (kadar biasa) dan S$7.60 (kadar tinggi) seorang.
Zakat fitrah Singapura boleh dibayar menerusi laman web Zakat Singapore (www.zakat.sg) menggunakan PayNow atau Debit Card; DBS, POSB, aplikasi PayLah; CIMB Clicks; stesen AXS, aplikasi AXS m-Station dan melalui AXS e-Station.
Semoga info kadar bayaran zakat fitrah negeri-negeri di Malaysia dan Singapura ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Sila share.