Permohonan eBelia eWallet RM150
Program eBelia ialah bantuan kredit e-tunai kerajaan kepada para belia dan penuntut IPT sepenuh masa pada tahun 2021. Tujuan utama program ini adalah untuk meringankan beban kewangan mereka dan menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai.⠀
eBelia akan ditawarkan melalui empat penyedia perkhidmatan e-wallet iaitu ShopeePay, BigPay, Boost dan Touch 'n Go eWallet. Setiap belia/pelajar IPT yang layak akan mendapat RM150 e-kredit daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-tunai ini.
Syarat Kelayakan Program eBelia
Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, inisiatif ini dibuka kepada warganegara Malaysia yang memenuhi kriteria had umur dan status pengajian seperti berikut:⠀
- Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 (lahir pada tahun 2001-2003);
- Belajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan yang berdaftar.
ATAU
Ini bermakna, mereka yang berusia lebih 20 tahun tetapi belajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar adalah layak untuk menerima manfaat eBelia.
Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan.
Tempoh Claim Dan Tebus eBelia
Tuntutan kredit e-tunai eBelia boleh dibuat mulai 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021.
Pemohon akan dapat membuat tuntutan terus menggunakan aplikasi BigPay, Boost, Shopee atau Touch n Go eWallet bermula tarikh tersebut. Mereka yang layak digalakkan untuk mengemas kini akaun di aplikasi e-tunai masing-masing atau memuat turun aplikasi e-tunai tersebut sebelum 1 Jun 2021.
Kredit eBelia adalah sah sehingga 31 Julai 2021. Ini bermakna ia hendaklah dibelanjakan sepenuhnya sebelum atau pada tarikh luput tersebut.
Tuntut eBelia Menggunakan BigPay
BigPay merupakan satu-satunya eBelia yang memberi anda kad. Kad ini berfungsi seperti kad debit, yang mana penggunaanya lebih meluas berbanding mana-mana e-wallet.
Dapatkan RM10 percuma!
Gunakan referral code TNMDEV83NI semasa anda menyertai BigPay. Anda akan dapat kredit RM10 bila kad diaktifkan.
BigPay boleh dimohon melalui pautan ini.
Cara Tebus Kredit eBelia
Berikut adalah 4 langkah mudah untuk menebus kredit eBelia RM150:
- Muat turun aplikasi e-Dompet Shopee / BigPay / Boost / Touch 'n' Go eWallet melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
- Ikuti arahan yang tertera di aplikasi e-Dompet pilihan anda. Jika keliru, anda boleh dapatkan nasihat secara dalam talian melalui aplikasi tersebut.
- Daftar maklumat anda mengikut spesifikasi yang tertera dalam aplikasi pilihan. Pastikan anda mengisi maklumat penuh untuk supaya proses verifikasi berjalan lancar.
- Dapatkan pengesahan selepas selesai pendaftaran dan notifikasi keputusan tuntutan akan menyusul. Setelah berjaya, anda boleh mula menggunakan kredit e-tunai eBelia sehingga 31 Julai 2021.
Untuk maklumat lanjut mengenai eBelia, sila layari halaman Program eBelia di Portal MOF.
Semoga maklumat etunai eBelia ini bermanfaat buat para pembaca khususnya para belia dan pelajar IPT.