Permohonan MyKad 12 Tahun Secara Online

Urusan permohonan Kad Pengenalan / MyKad kanak-kanak 12 tahun kini lebih mudah. Sekarang ibu bapa boleh memohon MyKad 12 tahun secara dalam talian dengan JPN eServices.

Syarat-Syarat Permohonan

Permohonan kad pengenalan dalam talian ini adalah bagi kanak-kanak berstatus warganegara yang lahir di Malaysia berusia 12 tahun dan kurang daripada 16 tahun.

cara buat IC mykad online

Untuk menggunakan perhidmatan online ini, ibu/bapa/penjaga hendaklah berdaftar dengan MyGovernment. Sekiranya belum berdaftar, ikuti langkah di bawah.

Cara Daftar Pengguna MyGovernment

Berikut adalah langkah-langkah untuk menjadi pengguna berdaftar MyGovernment.

  1. Layari laman pendaftaran Portal MyGovernment di pautan:

    https://www.malaysia.gov.my/portal/register

  2. Sila pilih Status Kewarganegaraan, isikan nombor kad pengenalan, nama penuh dan alamat email. Pilih kod negara Malaysia +60 MY dan isikan nombor telefon. Akhir sekali isikan kod verifikasi yang tertera dan tekan butang "Hantar".
  3. Sistem akan memaparkan notifikasi menyatakan satu email telah dihantar kepada alamat email yang telah didaftarkan.
  4. Sila semak inbox email dan cari email bertajuk "GOS Authentication Service" dari mygovernment@malaysia.gov.my. Tekan butang "Click here to activate your account" untuk meneruskan pendaftaran.
  5. Sila isi kata laluan yang ingin didaftarkan, kemudian isi kod verifikasi dan tekan butang "SUBMIT".
  6. Sistem akan menghantar email makluman bahawa password akaun MyGovernment anda telah diaktifkan.

Cara Memohon MyKad 12 Tahun

Cara memohon MyKad / kad pengenalan / IC kanak-kanak berumur 12 tahun secara online.

  1. Layari laman Permohonan Kad Pengenalan Kanak-Kanak 12 Tahun di pautan berikut:

    https://web12tahun.jpn.gov.my

    Laman web ini tidak berfungsi sekiranya browser anda dipasang dengan pop-up blocker. Sila tambahkan laman ini ke senarai pengecualian pop-up blocker anda. Klik sini untuk panduan cara menutup fungsi pop-up blocker.

    Setelah anda disable pop-up blocker dan refresh page, paparan akan keluar seperti ini:

    Permohonan MyKad 12 Tahun Secara online

  2. Tekan butang hijau "LOG MASUK/LOGIN" untuk log masuk.
  3. Sila pilih kaedah pengesahan menggunakan kata laluan dengan menekan butang "Password".
  4. Masukkan nombor Kad Pengenalan atau Email, kemudian tekan butang "NEXT".
  5. Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan, kemudian tekan butang "LOGIN".
  6. Baca semua terma dan syarat dan klik butang "Setuju" jika setuju.
  7. Lengkapkan maklumat yang dipaparkan dan klik butang "HANTAR".
  8. Permohonan berjaya didaftarkan dan sila cetak slip permohonan.

Pemohon hendaklah membawa slip permohonan dan dokumen sokongan ke pejabat JPN yang dipilih pada tarikh temu janji. Dokumen sokongan adalah sijil lahir kanak-kanak, MyKad ibu/bapa/penjaga, bil utiliti (untuk pembuktian alamat) dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Semoga maklumat cara mendaftar dengan MyGovernment dan langkah memohon kad pengenalan kanak-kanak 12 Tahun secara online ini berguna untuk para pembaca.