Permohonan, Kelayakan Dan Semakan i-Citra KWSP

Maklumat terkini mengenai kriteria kelayakan, cara memohon, cara membuat semakan dan perincian Pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

i-Citra ialah program pengeluaran KWSP bertujuan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Syarat Kelayakan i-Citra KWSP

Siapa yang layak memohon i-Citra?. Mereka yang layak memohon ialah:

  • Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
  • Mempunyai jumlah simpanan minimum RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Ahli yang pernah memohon i-Lestari dan i-Sinar sebelum ini juga layak memohon i-Citra, tertakluk kepada kelayakan seperti dinyatakan di atas.

Amaun Pengeluaran i-Citra KWSP

Butiran amaun pengeluaran serta pembayaran i-Citra adalah seperti berikut:

  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  • Bayaran bulanan akan dibuat sehingga 5 bulan.
  • Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
  • Bayaran minimum adalah RM50.
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1. (Simpanan minimum RM100 perlu ada dalam Akaun 1 untuk mengekalkan status sebagai ahli KWSP).
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada).

Ahli boleh menyemak baki simpanan Akaun KWSP secara online melalui portal atau aplikasi mudah alih i-Akaun KWSP.

Tarikh Dan Cara Permohonan i-Citra

Tempoh permohonan dan cara memohon adalah seperti berikut:

  • Permohonan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021.
  • Permohonan i-Sinar hanya boleh dibuat secara online di laman web iCitra Online di pautan berikut:

    https://icitra.kwsp.gov.my/

Tarikh Bayaran i-Citra

Pembayaran pertama i-Citra akan dibuat pada bulan berikutnya selepas permohonan diluluskan. Sebagai contoh, bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

Semakan Status Permohonan i-Citra

Pemohon boleh menyemak status terkini permohonan i-Citra melalui dua saluran:

butiran permohonan kelayakan semakan iCitra KWSP

Maklumat Lanjut i-Citra KWSP

Ahli boleh merujuk saluran-saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Pengeluaran KWSP i-Citra:

  • Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  • Chatbot Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  • Facebook rasmi KWSPMalaysia dan Twitter rasmi KWSPMalaysia
  • Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848

Semoga info mengenai pengeluaran i-Citra KWSP ini bermanfaat buat para pencarum KWSP/EPF yang mengalami kesukaran hidup di saat-saat getir ini.