Senarai 50 Orang Terkaya Malaysia 2021
Berikut adalah senarai terkini 50 orang paling kaya di Malaysia menurut laporan majalah Forbes. Ranking disusun berdasarkan net worth / nilai bersih kekayaan mereka pada bulan Mei 2021.
Senarai tahun 2021 menyaksikan peningkatan jumlah kekayaan sebanyak 14% dari tahun 2020 kepada $90 bilion.
Peningkatan permintaan global terhadap sarung tangan getah perubatan disebabkan pandemik COVID-19 menyaksikan penyenaraian lima pengeluar sarung tangan di mana dua daripadanya - Kuan Kam Hon dari Hartalega Holdings dan Lim Wee Chai dari Top Glove, berada di kedudukan top 10. Turut tersenarai ialah dua beradik pemilik Kumpulan Mr. DIY Tan Yu Yeh dan Tan Yu Wei di tangga ke-10.
Wabak COVID-19 turut menyusutkan kekayaan jutawan kasino Chen Lip Keong dan Lim Kok Thay. Jutawan penerbangan Tony Fernandes dan Kamarudin Meranun dari Air Asia terkeluar dari senarai.
Tan Sri Robert Kuok masih kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia. Beliau berada di tangga teratas sebagai individu terkaya Malaysia sejak 16 tahun lalu. Untuk tahun 2021, kekayaan bilionair ini meningkat kepada AS$12.2 bilion. Sebahagian besar kekayaannya datang dari minyak sawit, perkapalan dan hartanah.
Syed Mokhtar AlBukhary turun satu anak tangga di kedudukan ke-18 dan nilai bersih beliau juga menurun berbanding tahun lepas. Tiada wanita tersenarai dalam top 50 individu terkaya di Malaysia untuk tahun ini.
50 Individu Paling Kaya di Malaysia 2021
Berikut adalah ranking individu paling kaya di Malaysia untuk tahun 2020 berdasarkan net worth. Turut disertakan ialah net worth dalam Dollar Amerika (USD), umur dan sumber kekayaan mereka.
Rank | Nama | Nilai Bersih (USD) | Umur | Punca Kekayaan |
---|---|---|---|---|
1 | Robert Kuok | $12.2 B | 97 | minyak sawit, perkapalan, hartanah |
2 | Quek Leng Chan | $9.6 B | 79 | perbankan, hartanah |
3 | Koon Poh Keong & adik beradik | $6.4 B | - | aluminium |
4 | Ananda Krishnan | $5.8 B | 83 | telekom, media, oil-services |
5 | Teh Hong Piow | $5.5 B | 91 | perbankan |
6 | Lee Yeow Chor & Yeow Seng | $4.9 B | - | minyak sawit, hartanah |
7 | Kuan Kam Hon | $3.8 B | 73 | sarung tangan getah |
8 | Lim Wee Chai | $3.5 B | 63 | sarung tangan getah |
9 | Chen Lip Keong | $3.4 B | 73 | kasino, hartanah, tenaga |
10 | Tan Yu Yeh & Tan Yu Wei | $2.7 B | - | peruncitan |
11 | Lim Kok Thay | $2.55 B | 69 | kasino |
12 | Lau Cho Kun | $2.2 B | 85 | minyak sawit, hartanah |
13 | G. Gnanalingam | $1.8 B | 76 | pelabuhan |
14 | Lim Kuang Sia & adik beradik | $1.4 B | 69 | sarung tangan getah |
15 | Jeffrey Cheah | $1.35 B | 76 | hartanah |
16 | Tiong Hiew King | $1.3 B | 86 | balak, media |
17 | Francis Yeoh & adik beradik | $1.25 B | 66 | pembinaan, tenaga, hartanah |
18 | Syed Mokhtar AlBukhary | $1.2 B | 69 | kejuruteraan, tenaga, pembinaan |
19 | Lee Oi Hian & Hau Hian | $1.15 B | - | minyak sawit, kimia, hartanah |
20 | Stanley Thai & Cheryl Tan | $1.1 B | 61 | sarung tangan getah |
21 | Surin Upatkoon | $1 B | 72 | telekom, loteri, insurans |
22 | Tan Eng Kee | $965 M | 51 | peralatan automasi kilang |
23 | Lim Peng Cheong & Peng Jin | $945 M | - | pembungkusan, hartanah |
24 | Vincent Tan | $915 M | 69 | runcit, perjudian, hartanah |
25 | Ninian Mogan Lourdenadin | $900 M | 67 | hartanah, runcit, perkhidmatan kewangan |
26 | Wong Teek Son | $890 M | 59 | sarung tangan getah |
27 | Lim Kang Hoo | $750 M | 65 | hartanah |
28 | Cheah Cheng Hye | $735 M | 67 | pelaburan |
29 | David Kong | $635 M | 66 | perkhidmatan pengebumian |
30 | Danny Tan Chee Sing | $600 M | 66 | hartanah |
31 | Ngau Boon Keat | $560 M | 72 | minyak & gas |
32 | Syed Azman Syed Ibrahim | $550 M | 61 | penerbangan, pengedaran kenderaan bermotor |
33 | Wen Chiu Chi | $475 M | 64 | hartanah |
34 | Wong Thean Soon | $470 M | 49 | perkhidmatan elektronik |
35 | Chu Jenn Weng | $460 M | 51 | elektronik |
36 | Kong Chong Soon | $455 M | 80 | hartanah |
37 | Ng Chai Eng | $450 M | 57 | perkhidmatan kejuruteraan |
38 | Lau Chee Kheong | $445 M | 58 | perkhidmatan kejuruteraan |
39 | Lim Han Weng | $440 M | 69 | minyak & gas |
40 | Azman Hashim | $420 M | 81 | perbankan |
41 | Oh Kuang Eng | $410 M | 51 | peralatan pemprosesan |
42 | Goh Peng Ooi | $395 M | 66 | perisian |
43 | Loh Kian Chong | $375 M | 45 | kenderaan bermotor, minyak sawit, hartanah |
44 | Ong Leong Huat | $370 M | 77 | hartanah, pembinaan, perkhidmatan kewangan |
45 | Patrick Grove | $365 M | 46 | e-dagang, media |
46 | Yaw Teck Seng & Yaw Chee Ming | $360 M | - | perhutanan, minyak sawit, hartanah |
47 | Desmond Lim Siew Choon | $350 M | 61 | hartanah |
48 | Gooi Seong Lim | $340 M | 71 | hartanah, pembinaan |
49 | Steven Siaw Kok Tong | $325 M | 49 | elektronik |
50 | Kong Pak Lim | $315 M | 66 | hartanah |
Senarai orang paling kaya di Malysia 2021 ini adalah berdasarkan laporan dari majalah Forbes (www.forbes.com). Forbes menghasilkan senarai ini dengan menggunakan maklumat dari orang perseorangan, bursa saham, penganalisis, pangkalan data swasta, agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan sumber-sumber lain. Nilai bersih didasarkan pada harga saham dan kadar tukaran asing pada penutupan pasaran saham pada 17 Mei 2021.