Permohonan Pembaharuan Pasport Secara Online

Kini permohonan pembaharuan Pasport Malaysia sudah boleh dibuat secara online melalui internet.

Permohonan pembaharuan secara dalam talian ini boleh dibuat menerusi laman MyOnline*Pasport yang disediakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Terma Dan Syarat Permohonan

Berikut adalah terma dan syarat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara online:

  • Pemohon mesti berumur 13 tahun ke atas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip).
  • Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian. Penjaga yang sah perlu hadir bersama pemohon dan membawa sijil kelahiran ke pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tidak akan diserahkan.
  • Pemohon mesti memuatnaik gambar/foto bersaiz pasport yang terbaharu.
  • Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.
  • Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.
  • Pasport pembaharuan di dalam keadaan biasa sahaja.
  • Buku Pasport mestilah didalam keadaan baik (tidak rosak, berconteng, terkena air).
  • Pemohon yang pasportnya hilang atau rosak tidak dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.
  • Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah atau melanggar undang-undang di luar negara adalah tidak layak untuk membuat permohonan pasport secara atas talian.

Kadar Bayaran Permohonan Pembaharuan Pasport

Kadar bayaran untuk permohonan pembaharuan Pasport Malaysia ialah:

  • Permohonan Biasa 13 - 59 tahun : RM200
  • Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM100

Bayaran boleh dibuat secara online menggunakan kad kredit/debit atau debit terus melalui FPX.

Permohonan Pembaharuan Pasport Secara Online

Tempoh Pengeluaran Dan Pungutan Pasport

Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di mana-mana pejabat pengeluar passport yang tersenarai dalam sistem.

Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.

Bawa bersama-sama resit, kad pengenalan dan pasport asal. Pemohon di bawah 18 tahun perlu hadir bersama penjaga yang telah memberi kebenaran, dan membawa sijil kelahiran/surat beranak.

Cara Memohon Pembaharuan Pasport

Berikut adalah langkah-langkah memohon memperbaharui pasport secara online:

  1. Layari laman MyOnline*Pasport di pautan berikut:
  2. https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport

  3. Baca dan fahami panduan serta terma dan syarat permohonan.
  4. Tekan butang SETUJU untuk memohon.
  5. Isi maklumat yang diminta (nombor dan jenis pasport, nombor dan jenis pengenalan).
  6. Pilih cawangan pejabat imigresen tempat anda akan memungut pasport baharu.
  7. Upload gambar foto pasport yang mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
  8. Buat pembayaran secara online.
  9. Simpan resit bayaran (yang mengandungi maklumat cawangan kutipan, tarikh kutipan dan masa kutipan).

Semakan Status Permohonan Pembaharuan Pasport

Untuk pertanyaan status permohonan pembaharuan pasport anda, sila layari:

https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport?pertanyaanStatus

Isikan nombor pasport dan kad pengenalan. Kemudian tekan butang CARIAN untuk menyemak.

Semoga maklumat cara memperbaharu pasport Malaysia secara online melalui MyOnline*Pasport ini dengan berguna untuk para pembaca.