SOP Semasa Fasa Peralihan ke Endemik
Malaysia akan memasuki Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ bermula 1 April 2022. Fasa peralihan ini merupakan exit strategy untuk membolehkan kita semua kembali kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun bergelut dengan wabak COVID-19.
Fasa ini merupakan fasa sementara sebelum negara beralih ke Fasa Endemik yang mana ia tertakluk kepada pengumuman oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Berikut adalah maklumat mengenai perubahan SOP dari fasa pandemik ke fasa peralihan ke endemik.
SOP Yang Masih Berkuatkuasa
- Pemakaian pelitup muka perlu dipatuhi di semua tempat awam.
- Daftar masuk menggunakan MySejahtera Kecuali kawasan luar seperti taman awam.
SOP Yang Dimansuhkan
- Penjarakan fizikal bagi aktiviti solat jemaah di masjid/surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam. SOP akhir masih di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri.
- Sekatan ke atas waktu operasi perniagaan. Pemilik premis perniagaan dibenarkan menetapkan waktu operasi mengikut syarat lesen perniagaan mereka.
- MyTravelPass untuk bukan warganegara Malaysia masuk ke Malaysia.
Aktiviti Yang Dibenarkan Mulai 1 April 2022
- Merentas negeri untuk semua tanpa mengira status vaksinasi.
- Pembukaan sempadan antarabangsa.
- Acara atau aktiviti berkapasiti penuh yang melibatkan kumpulan besar. Penjarakan fizikal masih digalakkan.
- Operasi tempat kerja dalam kapasitii penuh.
- Perjalanan ke Malaysia tanpa kuarantin untuk pelancong yang lengkap vaksinasi.
10 SOP Dikuatkuasakan Dalam Fasa 'Peralihan ke Endemik'
- Pemakaian pelitup muka di tempat awam.
- Pemilik premis wajib pastikan sistem pengudaraan (ventilasi) yang baik di dalam premis.
- Sentiasa menjaga kebersihan tangan.
- Ujian pengesanan COVID-19 mengikutl tatacara National Testing Strategy.
- Had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan.
- Pelaksanaan waktu operasi premis mengikut syarat lesen operasi premis.
- Pendaftaran kemasakan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan.
- Hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan.
- MYSJTrace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu/pengunjung.
- Aktiviti solat jemaah di masjid/surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.
-
* Tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Kementerian Perpaduan Malaysia/Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).
- Keperluan vaksinasi:
- Had kapasiti pekerja yang bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan.
- Rentas negeri dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi.
- Kekerapan dan cara melakukan pembersihan premis diseragamkan bagi setiap Kementerian.
- Individu yang disyaki atau disahkan positif COVlD-19 wajib mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan KKM.
- Ujian pengesanan COVID-19 dan tatacara kuarantin
Semoga maklumat mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) fasa peralihan COVID-19 dari pandemik ke endemik ini bermanfaat buat semua.
.