Tarikh Dan Cara Pembayaran BKM 2022 Fasa 4
Tarikh pembayaran, jumlah serta kaedah agihan Fasa 4 BKM 2022. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan kerajaan persekutuan dalam bentuk wang tunai lansung yang memanfaatkan kumpulan isi rumah berpendapatan rendah B40. Ia menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini.
Berikut dikongsikan beberapa maklumat penting mengenai cara pembayaran, amaun dan tarikh bila dapat duit BKM 2022. Juga maklumat mengenai saluran semakan kelulusan BKM dan rayuan sekiranya permohonan gagal.
Tarikh Pembayaran BKM 2022
Pembayaran BKM 2022 kepada penerima akan diagihkan secara berperingkat empat kali setahun. Jadual di bawah memperincikan fasa pembayaran BKM 2022, menunjukkan tarikh pembayaran BKM mengikut kategori penerima.
Jadual Pembayaran Bantuan BKM 2022
Jadual pembayaran Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 di bawah adalah berdasarkan maklumat terkini oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Jadual akan dikemaskini sebaik maklumat baharu diperolehi.
Fasa | Jenis Penerima | Tarikh Pembayaran | Cara Pembayaran |
---|---|---|---|
Fasa 1 | Isi Rumah, Warga Emas dan Individu Bujang | 28 Mac 2022 hingga 8 April 2022 |
Dikreditkan terus ke akaun bank |
Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak) | 30 Mac 2022 | Melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa. |
|
Fasa 2 | Isi Rumah, Warga Emas dan Individu Bujang | 27 Jun 2022 hingga 5 Julai 2022 |
Dikreditkan terus ke akaun bank |
Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak) | 27 Jun 2022 | Melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa. |
|
Fasa 3 | Isi Rumah, Warga Emas dan Individu Bujang | 20 Sep 2022 hingga 27 Sep 2022 |
Dikreditkan terus ke akaun bank |
Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak) | 20 Sep 2022 | Melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa. |
|
Fasa 4 | Isi Rumah dan Warga Emas | 15 Nov 2022 hingga 18 Nov 2022 |
Dikreditkan terus ke akaun bank |
Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak) | 15 Nov 2022 | Melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). |
Cara Pembayaran BKM 2022
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia adalah seperti kaedah pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 / Bantuan Khas COVID-19 (BKC) sebelum ini:
- Bagi penerima yang ada mengisi maklumat akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima.
- Manakala penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar tunai, yang boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Semakan Status Pembayaran BKM
Semakan status pembayaran boleh Fasa 4 dibuat mulai 15 November 2022 melalui portal rasmi Bantuan Keluarga Malaysia di pautan https://bkm.hasil.gov.my.
Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan
Anda boleh ajukan sebarang soalan mengenai tarikh dan cara pembayaran BKM dengan menghubungi:
- Nombor hotline BKM Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 atau 03-8882 4566
- Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) 1-800-88-2747
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
- Emel: bkm@treasury.gov.my
Semoga info ini berguna untuk semua bakal penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).