Memohon Gantian MyKad Melalui Telefon MyPhone-In

Sekarang anda tidak perlu lagi datang sendiri ke pejabat pendaftaran untuk memohon gantian MyKad (kad pengenalan). Ini kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ada menyediakan dua perkhidmatan untuk permohonan gantian MyKad.

Perkhidmatan tukar kad pengenalan yang pertama ialah secara online menerusi laman web Sistem Gantian MyKad Atas Talian dan perkhidmatan yang kedua ialah MyPhone-In iaitu perkhidmatan melalui telefon.

Berikut adalah panduan permohonan gantian MyKad secara MyPhone-In:

Syarat-Syarat Permohonan Melalui Telefon

  • Warganegara Malaysia sahaja.
  • Permohohan untuk Gantian MyKad Biasa (menaiktaraf cip dari 32k/64k ke 80k) atau Cip/Kad Rosak sahaja.
  • Bayaran Permohonan RM10.00 (kutipan bayaran akan dikenakan semasa pengambilan kad).
  • Permohonan dan pengambilan MyKad hanya boleh dilakukan oleh Pemilik MyKad sendiri sahaja. Pemohon di bawah 18 tahun perlu ditemani ibu/bapa atau peniaga yang sah semasa membuat kutipan.
  • MyKad siap sedia dikutip di semua Pejabat Percetakan Teragih (DPP) dalam masa 30 minit selepas selesai permohonan.
  • Sebarang perubahan maklumat bagi alamat, agama, pindaan nama dan gambar Tidak Dibenarkan.
  • Caj hilang akan dikenakan jika pemohon tidak kemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad di kaunter.

Memohon Gantian MyKad Melalui Telefon MyPhone-In

Cara Memohon Gantian Mykad Melalui Myphone-In

Permohonan boleh dibuat dengan menelefon talian hotline:

03-8880 8066

Waktu Operasi:
  • Isnin - Jumaat
  • 8.00 pagi - 5.00 petang
Waktu Rehat:
  • 1.00 petang - 2.00 petang
  • Jumaat: 12.15 tengahari - 2.45 petang

Semoga info mengenai permohonan gantian MyKad melalui telefon ini bermanfaat buat para pembaca.

Berkaitan: