Pelepasan Cukai Pendapatan Individu 2023
Pelepasan cukai pendapatan individu 2023 (untuk tahun taksiran 2022). Berikut adalah senarai perbelanjaan bagi individu pemastautin yang diberi pelepasan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Nilai pelepasan ini akan ditolak dari jumlah pendapatan yang anda failkan lalu mengurangkan pendapatan bercukai anda. Semakin kecil pendapatan bercukai, semakin kecillah cukai pendapatan anda.
Pelepasan cukai tidak sama dengan rebat cukai.
[Baharu] Pelepasan Cukai Pendapatan Individu 2024
Pelepasan Cukai Individu Pemastautin untuk Tahun Taksiran 2022
Berikut adalah senarai pelepasan cukai individu yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai pendapatan 2022.
Bil. | Jenis Potongan Individu | Amaun (RM) |
---|---|---|
1 | Individu dan saudara tanggungan | 9,000 |
2 | Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) | 8,000 (Terhad) |
3 | Perbelanjaan pembelian peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya) | 6,000 (Terhad) |
4 | Individu kurang upaya | 6,000 |
5 | Yuran pengajian (Sendiri) : (i) Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah - bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi; (ii) Peringkat sarjana dan doktor falsafah - sebarang bidang atau kursus pengajian (iii) Kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri (Terhad RM2,000) |
7,000 (Terhad) |
6 | Perbelanjaan perubatan bagi:
(i) Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak). (ii) Perbelanjaan perubatan bagi rawatan kesuburan (Diri sendiri atau suami / isteri). (iii) Perbelanjaan perubatan bagi pemvaksinan (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak) (Terhad 1,000) |
8,000 (Terhad) |
7 | Perbelanjaan (Terhad RM1,000) bagi:
(i) Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak) seperti yang ditakrifkan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MPM). (ii) Ujian pengesanan COVID-19 termasuk pembelian kit ujian kendiri ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak. (iii) Pemeriksaan kesihatan mental atau konsultasi ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak. |
|
8 | Gaya hidup - Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:
(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang); (ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan); (iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium; dan (iv) Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri) |
2,500 (Terhad) |
9a | Gaya hidup - Pelepasan tambahan kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:
(i) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (ii) Bayaran sewa atau fi kemasukan ke fasiliti sukan (iii) Bayaran fi pendaftaran bagi menyertai pertandingan yang mana penganjur diluluskan dan dilesenkan oleh Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 |
500 (Terhad) |
9b | Gaya hidup khusus – Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak dan bukan untuk kegunaan perniagaan | 2,500 (Terhad) |
10 | Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran) | 1,000 (Terhad) |
11 | Bayaran bagi yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar | 3,000 (Terhad) |
12 | Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Tabungan bersih adalah jumlah simpanan dalam tahun 2022 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2022) | 8,000 (Terhad) |
13 | Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri | 4,000 (Terhad) |
14 | Suami/Isteri kurang upaya | 5,000 |
15a | Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun | 2,000 |
15b | Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) | 2,000 |
15b | Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institusi pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau (ii) berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; atau mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia. (iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. |
8,000 |
15c | Anak Kurang upaya | 6,000 |
15c | Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. | 8,000 |
16 | Insuran nyawa dan KWSP
i. Kategori penjawat awam berpencen ● Premium insurans nyawa yang tidak membuat carumah KWSP / skim yang diluluskan ii. Kategori SELAIN penjawat awam berpencen ● Premium insurans nyawa (Terhad RM3,000) ● Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan (Terhad RM4,000) |
7,000 (Terhad) |
17 | Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh (Deferred Annuity) | 3,000 (Terhad) |
18 | Insurans pendidikan dan perubatan | 3,000 (Terhad) |
19 | Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 atau Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 | 250 (Terhad) |
20 | Perbelanjaan pelancongan domestik bagi:
(i) Bayaran penginapan di premis penginapan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (ii) Bayaran masuk ke tempat tarikan pelancong (iii) Pembelian pakej pelancongan domestik melalui ejen pengembaraan berlesen yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 |
1,000 (Terhad) |
21 | Perbelanjaan bayaran pemasangan, sewaan, pembelian termasuk sewa-beli peralatan atau langganan bagi penggunaan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik bagi kenderaan sendiri (Bukan untuk kegunaan perniagaan) | 2,500 (Terhad) |
Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia
Semoga perkongsian maklumat tentang senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu bagi tahun taksiran 2022 bermanfaat puat para pembayar cukai di luar sana.