Pelepasan Cukai Pendapatan Individu 2024
Pelepasan cukai pendapatan individu 2024 (untuk tahun taksiran 2023). Berikut adalah senarai perbelanjaan bagi individu pemastautin yang diberi pelepasan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Nilai pelepasan ini akan ditolak dari jumlah pendapatan yang anda failkan lalu mengurangkan pendapatan bercukai anda. Semakin kecil pendapatan bercukai, semakin kecillah cukai pendapatan anda.
Pelepasan cukai tidak sama dengan rebat cukai.
Pelepasan Cukai Individu Pemastautin untuk Tahun Taksiran 2023
Berikut adalah senarai pelepasan cukai individu yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai pendapatan 2023.
Bil. | Jenis Potongan Individu | Amaun (RM) |
---|---|---|
1 | Individu dan saudara tanggungan | 9,000 |
2 | Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) | 8,000 (Terhad) |
3 | Peralatan sokongan asas untuk kegunaan sendiri, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya | 6,000 (Terhad) |
4 | Individu kurang upaya | 6,000 |
5 | Yuran pengajian (Sendiri): Peringkat selain sarjana atau doktor falsafah - Bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi; Peringkat sarjana atau doktor falsafah - Sebarang bidang atau kursus pengajian Kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri (Terhad RM2,000) |
7,000 (Terhad) |
6 | Perbelanjaan perubatan bagi: Penyakit serius ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak Rawatan kesuburan ke atas diri sendiri atau suami / isteri Pemvaksinan ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak (Terhad RM1,000) |
10,000 (Terhad) |
7 | Perbelanjaan (Terhad RM1,000) bagi: Pemeriksaan perubatan penuh ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak Ujian pengesanan COVID-19 termasuk pembelian kit ujian kendiri ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak Pemeriksaan kesihatan mental atau konsultasi ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak |
|
8 | Perbelanjaan (Terhad RM4,000) ke atas anak berumur 18 tahun dan ke bawah bagi: Penilaian untuk tujuan diagnosis kurang upaya pembelajaran Program intervensi awal atau rawatan pemulihan kurang upaya pembelajaran |
|
9 | Gaya hidup - Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi: Pembelian atau langganan buku / jurnal / majalah / surat khabar / lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 dan bayaran keahlian gimnasium Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri) |
2,500 (Terhad) |
10 | Gaya hidup – pelepasan tambahan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi: Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 Bayaran sewa atau fi kemasukan ke fasiliti sukan Bayaran fi pendaftaran bagi menyertai pertandingan yang mana penganjur diluluskan dan dilesenkan oleh Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 |
500 (Terhad) |
11 | Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan diri sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan ke bawah (Potongan dibenarkan sekali dalam setiap DUA (2) tahun taksiran) | 1,000 (Terhad) |
12 | Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar | 3,000 (Terhad) |
13 | Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Jumlah simpanan dalam tahun 2023 tolak jumlah pengeluaran dalam tahun 2023) | 8,000 (Terhad) |
14 | Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri | 4,000 (Terhad) |
15 | Suami / Isteri kurang upaya | 5,000 |
16a | Anak – Di bawah umur 18 tahun | 2,000 |
16b | Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) | 2,000 |
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut: mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institusi pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; atau mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia. kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. |
8,000 | |
16c | Anak Kurang upaya | 6,000 |
Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. | 8,000 | |
17 | Insurans nyawa dan KWSP Kategori penjawat awam skim berpencen, selain penjawat awam skim berpencen dan bekerja sendiri: Caruman wajib kepada skim yang diluluskan atau caruman sukarela kepada KWSP (tidak termasuk skim persaraan swasta) atau caruman di bawah mana-mana undang-undang bertulis (Terhad RM4,000) Bayaran premium insurans hayat atau sumbangan takaful keluarga atau caruman sukarela tambahan kepada KWSP (Terhad RM3,000) |
7,000 (Terhad) |
18 | Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh (Deferred Annuity) | 3,000 (Terhad) |
19 | Insurans pendidikan dan perubatan | 3,000 (Terhad) |
20 | Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 atau Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 | 350 (Terhad) |
21 | Perbelanjaan bayaran pemasangan, sewaan, pembelian termasuk sewa-beli peralatan atau langganan bagi penggunaan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik bagi kenderaan sendiri (Bukan untuk kegunaan perniagaan) | 2,500 (Terhad) |
Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia
Semoga perkongsian maklumat tentang senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu bagi tahun taksiran 2023 bermanfaat puat para pembayar cukai di luar sana.