Kalendar Islam 2025 Masihi / 1446 -1447 Hijrah Malaysia

Maklumat kalendar atau takwim Islam JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan tarikh-tarikh penting dalam Islam untuk tahun 2025M / 1446-1447H bagi Malaysia.

Kalendar Islam atau Kalendar Hijriah adalah kalendar lunar/qamariah, iaitu kalendar yang dikira berdasarkan pergerakan/fasa bulan mengelilingi Bumi. Satu tahun Hijriah terdiri daripada 354 atau 355 hari, bermula pada bulan Muharram dan berakhir pada bulan Zulhijjah.

Manakala kalendar Masihi adalah kalendar solar/syamsiah, yang dikira berasaskan pergerakan Bumi mengelilingi Matahari. Satu tahun Masihi memakan masa 365 atau 366 hari, bermula dengan bulan Januari dan berakhir dengan bulan Disember.

Perbezaan bilangan hari dalam setahun Hijrah dan setahun Masihi menyebabkan tarikh-tarikh penting dalam Islam (yang ditetapkan menggunakan kalendar Hijrah) akan berubah setiap tahun Masihi.

Kalendar / Takwim Islam Malaysia 2025

Kalendar ini memaparkan padanan tarikh antara kalendar Masihi/Miladiah (teks hitam) dan kalendar Hijriah (teks merah) bagi tahun 2025 berdasarkan takwim yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Tarikh dengan warna latar kuning menandakan hari permulaan bulan Islam/Hijriah dan latar warna hijau menunjukkan tarikh penting dalam kalendar Islam.

Sila klik pada gambar kalendar untuk paparan yang lebih jelas.

Kalendar Islam Malaysia 2025 1446-1447 Hijrah

Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2025 Malaysia

Tarikh Hijri Tarikh Masihi / Miladi Hari Perayaan / Kebesaran Islam
27 Rejab 1446 27 Januari 2025 Israk dan Mikraj
1 Ramadan 1446* 2 Mac 2025 Awal Ramadan / Permulaan Puasa
17 Ramadan 1446 18 Mac 2025 Nuzul Al-Quran
1 Syawal 1446* 31 Mac 2025 Hari Raya Puasa / Aidilfitri
1 Zulhijjah 1446 29 Mei 2025 Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 1446* 7 Jun 2025 Hari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharram 1447 27 Jun 2025 Awal Muharram / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 1447 5 September 2025 Maulidur Rasul (Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W)

* Tarikh rasmi akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Sumber: Takwim hijri dan tarikh-tarikh penting dalam bulan Islam yang disediakan Panel Pakar Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Fail pdf boleh dimuat turun di sini.

Diharap maklumat mengenai takwim Hijriah ini berguna buat para pembaca Muslim dalam membuat semakan tarikh-tarikh penting dalam bulan Islam di Malaysia. Semoga kalendar ini dapat memudahkan para pembaca untuk merancang aktiviti yang bersesuaian dengan sambutan hari-hari perayaan dan kebesaran Islam seperti puasa sunat, doa khusus dan sebagainya.

Baca juga: