Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025

Jadual dan tarikh gaji 2025 penjawat awam. Gaji kakitangan kerajaan persekutuan lazimnya dibayar pada penghujung bulan dengan cara dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima.

Bagi penjawat awam yang tertanya-tanya berapa haribulan gaji akan dikreditkan ke dalam akaun, berikut kami kongsikan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2025 untuk rujukan semua. Tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam persekutuan ini terpakai untuk semua negeri di seluruh Malaysia. Jadual ini bersumberkan jadual rasmi terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Penjawat awam boleh membuat semakan penyata gaji secara online (e-Pay Slip) sehari sebelum gaji masuk.

Tarikh Gaji Bulanan Penjawat Awam 2025

Jadual gaji di bawah memaparkan maklumat bulan, tarikh dan hari gaji serta catatan nama serta tarikh hari perayaan pada bulan tersebut jika ada.

Bulan Tarikh Gaji Hari Catatan
Jan 22.01.2025 Rabu Tahun Baru Cina - 29 & 30 Januari 2025 (Rabu & Khamis)
Feb 25.02.2025 Selasa
Mac 24.03.2025 Isnin Hari Raya Puasa - 31 Mac & 1 April 2025 (Isnin & Selasa)
Apr 24.04.2025 Khamis
Mei 22.05.2025 Khamis Hari Pesta Kaamatan - 30 & 31 Mei 2025 (Jumaat & Sabtu)
Jun 25.06.2025 Rabu

Hari Gawai - 1 & 2 Jun 2025 (Ahad & Isnin)

Hari Raya Haji - 7 & 8 Jun 2025 (Sabtu & Ahad)

Jul 24.07.2025 Khamis ---
Ogo 25.08.2025 Isnin

---

Sep 25.09.2025 Khamis ---
Okt 16.10.2025 Khamis Hari Deepavali - 20 Oktober 2025 (Isnin)
Nov 20.11.2025 Khamis ---
Dis 18.12.2025 Khamis Hari Krismas - 25 Disember 2025 (Khamis)

Jadual tarikh pembayaran gaji penjawat kakitangan awam kerajaan bulan januari februari mac april mei jun julai ogos september oktober november disember 2025

Untuk perincian maklumat berhubung dengan tarikh dan peraturan pembayaran gaji, sila rujuk Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia SPANM Bil. 5 Tahun 2024 - Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2025, yang boleh dimuat turun di pautan ini.

Jadual tarikh pembayaran gaji penjawat kakitangan awam kerajaan bulan januari februari mac april mei jun julai ogos september oktober november disember 2025

Jadual tarikh gaji bulanan penjawat awam ini tertakluk kepada pindaan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Sila rujuk portal rasmi ANM di www.anm.gov.my/index.php/utama untuk maklumat terkini tentang tarikh pembayaran gaji kakitangan kerajaan.

Bagi pesara kerajaan, sila rujuk Tarikh Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan Tahun 2025.

Diharap maklumat mengenai tarikh gaji bulanan kakitangan awam ini bermanfaat buat para pembaca khususnya mereka yang berkhidmat dengan kerajaan persekutuan.