Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025

Jadual tarikh bayaran pencen tahun 2025 untuk pesara kerajaan Malaysia. Berikut adalah jadual pembayaran pencen bulanan bagi tahun 2025 untuk rujukan penerima pencen atau wakil seperti yang disiarkan di Portal Rasmi Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pesara kerajaan boleh menyemak dan mencetak slip penyata bayaran pencen secara online menerusi aplikasi Semakan Penyata Pencen di sini.

Jadual Pembayaran Pencen Bulanan 2025

Bulan Tarikh Gaji Hari Catatan
Jan 17.01.2025 Jumaat Tahun Baru Cina - 29 & 30 Januari 2025 (Rabu & Khamis)
Feb 19.02.2025 Rabu
Mac 21.03.2025 Jumaat Hari Raya Puasa - 31 Mac & 1 April 2025 (Isnin & Selasa)
Apr 18.04.2025 Jumaat
Mei 21.05.2025 Rabu Hari Pesta Kaamatan - 30 & 31 Mei 2025 (Jumaat & Sabtu)
Jun 20.06.2025 Jumaat

Hari Gawai - 1 & 2 Jun 2025 (Ahad & Isnin)

Hari Raya Haji - 7 & 8 Jun 2025 (Sabtu & Ahad)

Jul 18.07.2025 Jumaat ---
Ogo 20.08.2025 Rabu

---

Sep 19.09.2025 Jumaat ---
Okt 15.10.2025 Rabu Hari Deepavali - 20 Oktober 2025 (Isnin)
Nov 19.11.2025 Rabu ---
Dis 17.12.2025 Rabu Hari Krismas - 25 Disember 2025 (Khamis)

Dokumen rasmi tarikh bayaran pencen bulanan bagi tahun 2025 boleh di muat turun di sini.

Untuk maklumat terkini tentang tarikh pembayaran pencen bulanan bagi tahun 2025, sila layari Portal Pencen - JPA di pautan https://www.jpapencen.gov.my/.

jadual tarikh pembayaran pesara kerajaan untuk tahun pencen 2025

Bagi pesara / penerima pencen di bawah Skim A, bayaran pencen akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank setiap bulan secara automatik, sama seperti pembayaran gaji kakitangan awam. Manakala bagi Skim B, pesara / penerima atau wakil dikehendaki hadir ke bank setiap bulan untuk menandatangani borang tuntutan pencen sebelum bayaran dikreditkan ke dalam akaun penerima. Cara bayaran melalui Skim B ini biasanya dibuat kepada pesara yang uzur dan anak cacat yang menerima pencen.

Semoga maklumat tarikh bayaran pencen bulanan ini berguna buat rujukan para pesara perkhidmatan awam atau wakil dalam merancang bajet dan perbelanjaan.