Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Ranking IPTS dan IPTA/UA terbaik di Malaysia 2025. Berikut adalah ranking universiti terbaik Malaysia 2025 berdasarkan penilaian tahunan oleh QS World University Rankings 2025.

Penilaian dibuat dengan membandingkan prestasi universiti-universiti seluruh dunia berdasarkan enam metrik utama iaitu reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah fakulti/pelajar, jumlah petikan (citation)/fakulti, nisbah fakulti antarabangsa dan nisbah pelajar antarabangsa.

Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2025

Jadual di bawah menyenaraikan top 20 universiti awam (UA) dan universiti swasta terbaik Malaysia berdasarkan kedudukan atau ranking terbaharu dunia oleh QS Quacquarelli Symonds. Disertakan juga ranking Asia 2025 bagi universiti-universiti yang tersenarai.

ranking terbaru top universiti terbaik Malaysia 2025

Universiti Malaya masih kekal berada di tangga teratas / nombor satu di Malaysia, serta meningkat ke kedudukan 60 dunia daripada kedudukan ke 65 untuk ranking tahun 2024. Ia berada di tangga 12 ranking universiti Asia,

Rank Malaysia (2025) Rank Dunia (2025) Rank Asia (2025) Nama Universiti
1 60 12 Universiti Malaya (UM)
2 138 26 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
3 146 37 Universiti Sains Malaysia (USM)
4 148 20 Universiti Putra Malaysia (UPM)
5 181 28 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6 251 36 Taylor's University
7 265 45 UCSI University
8 269 53 Universiti Teknologi Petronas (UTP)
9 516 170 INTI International University
10 539 74 Sunway University
11 554 79 Universiti Utara Malaysia (UUM)
12 580 129 Management and Science University (MSU)
13 587 101 Universiti Teknologi MARA (UiTM)
14 611-620 190 Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU)
15 641-650 146 Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
16 661-670 133 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
17 741-750 159 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
18 801-850 131 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
19 951-1000 165 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
20 1001-1200 207 Multimedia University (MMU)

Sumber: topuniversities.com

Semoga ranking universiti Malaysia 2025 di atas berguna sebagai salah satu panduan dalam menilai universiti terbaik bagi bidang pilihan anda. Dan jangan lupa untuk memastikan kursus yang anda pilih diiktiraf oleh JPA/MQA.