Kadar Zakat Fitrah 2025M / 1446H Setiap Negeri

Berikut dikongsikan kadar zakat fitrah untuk setiap negeri di Malaysia dan Singapura bagi tahun 2025 Masihi / 1446 Hijrah. Kadar bayaran zakat fitrah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri (bagi Malaysia) berdasarkan nilai satu gantang Baghdad (bersamaan 2.6 kg atau 2.7 kg bergantung kepada negeri) beras yang dimakan oleh majoriti penduduk Islam negeri masing-masing.

Bayaran zakat fitrah boleh dibuat di sepanjang bulan Ramadhan sehingga sebelum sembahyang Hari Raya Aidil Fitri di pagi 1 Syawal. Zakat fitrah hendaklah dibayar kepada amil fitrah yang dilantik atau dibayar terus ke Majlis Agama Islam Negeri masing-masing samada bayar di kaunter, secara online atau melalui aplikasi telefon bimbit.

Kadar Zakat Fitrah Tahun 2025M/1446H

Berikut adalah senarai kadar zakat fitrah untuk semua negeri bagi tahun 2025M/1446H. Kadar zakat fitrah bagi setiap negeri akan dikemaskini sebaik ia diumumkan oleh Majlis Agama Islam masing-masing.

MalaysiaTercinta.com
Negeri Kadar
Kelantan RM8.00, RM14.00, RM21.00
Terengganu RM10.00, RM21.00
Pahang RM7.00, RM14.00, RM21.00
Perlis RM9.00
Kedah RM7.00, RM14.00
Pulau Pinang RM7.00, RM10.00, RM15.00, RM25.00
Perak RM10.00, RM16.00, RM27.00
Selangor RM7.00, RM15.00, RM22.00
Negeri Sembilan RM7.50, RM12.00, RM22.00
Melaka RM7.00, RM15.00, RM22.00
Johor RM7.00, RM12.00, RM20.00
Sabah RM7.50
Sarawak RM7.50
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan RM7.00, RM15.00, RM22.00

Bagi negeri-negeri yang menetapkan lebih dari satu kadar zakat fitrah, kadar zakat hendaklah dipilih berdasarkan jenis/harga beras yang menjadi makanan harian sipembayar zakat dan keluarga, contohnya:

  • RM7/RM7.50/RM8/RM10 – Beras Tempatan
  • RM10/RM12/RM14/RM14.50/RM16 – Beras Putih Import, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Wangi
  • RM20/RM21/RM22/RM24 – Beras Basmathi, Beras Herba Ponni, Beras Jepun, Beras Merah

Kadar zakat fitrah negeri Kelantan Terengganu Pahang Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor Sarawak Sabah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya Labuan Malaysia Singapura Singapore tahun 2025 1446 hijrah

Kadar Zakat Fitrah 2025 Bagi Singapura

Penetapan kadar zakat fitrah Singapura dibuat oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) berdasarkan harga 2.3 kg beras gred biasa dan beras gred tinggi.

Kadar zakat fitrah Singapura bagi tahun 2025/1445H ialah S$5.00 (kadar biasa) dan S$7.90 (kadar tinggi) seorang.

Zakat fitrah Singapura boleh dibayar menerusi laman web Zakat Singapore (www.zakat.sg) menggunakan PayNow atau Debit Card; DBS, POSB, aplikasi PayLah; CIMB Clicks; stesen AXS, aplikasi AXS m-Station dan melalui AXS e-Station.

Semoga info kadar bayaran zakat fitrah negeri-negeri di Malaysia dan Singapura ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Sila share.